Thursday, January 12, 2023

TIADA KEWAJARAN MELANTIK ADUN WARISAN DALAM KABINET SABAH

NAMPAKNYA Presiden Warisan gila talak, selepas mencera Ketua Menteri dengan berbagai dakwaan, kini pula mempersoal mengapa  ADUN parti itu tidak dilantik dalam barisan kabinet kerajaan negeri yang diketuai Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

Parti Warisan bersama kumpulan 12 ADUN Umno yang diketuai Datuk Bung Moktar Radin telah berkomplot menjatuhkan kerajaan negeri, namun gerakan itu gagal, apabila tidak mendapat sokongan majoriti ADUN Sabah.

Perdana Menteri boleh sahaja memberi nasihat berkaitan bentuk Kerajaan Negeri, akan tetapi keputusan akhir dibuat oleh pemimpin yang mempunyai sokongan majoriti membentuk kerajaan.

Seperti mana kenyataan Perdana Menteri selepas bertemu Datuk Seri Hajiji di Kediaman Rasmi Ketua Menteri- Sri Gaya pada malam 9 Januari, bahawa beliau hanya memberi nasihat, manakala keputusan akan dibuat oleh Datuk Seri Hajiji.

Seperti mana dikatakan oleh Timbalan Ketua Menteri III- Datuk Ir Shahelmey Yahya sebaik mengangkat sumpah jawatan, bahawa secara konsensus ke semua 44 ADUN yang menyokong kerajaan tidak dapat menerima penyertaan parti Warisan dalam kerajaan. Ertinya, keputusan tidak menerima Warisan, bukan hanya terletak pada Ketua Menteri, melainkan secara kolektif. Dalam keadaan sedemikian, tidak tumbul bahawa Hajiji ingkar nasihat Perdana Menteri, sebaliknya keputusan tidak menyertakan kumpulan penentang adalah tindakan wajar dan betul.

Secara lojiknya, tiada mana-mana kerajaan menyertakan penentang, kerana jika ianya berlaku, perjalanan pentadbiran akan sentiasa terganggu, kerana perbuatan sabotaj.

Kepada parti Warisan dan 12 ADUN Umno, jadi lah pembangkang yang berwibawa dan bertindak semak dan imbang. Kurang daripada 3 tahun PRN-17 Sabah. Bertanding lah untuk mendapatkan mandat rakyat.

Beri lah peluang pada Kerajaan hari ini menyelesaikan tugas sehingga tamat penggal. Sekiranya rakyat melihat kerajaan hari ini gagal, maka peluang cerah bagi Warisan ataupun Umno menerajui kerajaan.

No comments:

Post a Comment