Tuesday, January 03, 2023

PENGGAL KE-16 DUN SABAH SEHINGGA NOVEMBER 2025

KERANA sidang pertama Penggal ke-16 Sabah dilaksanakan pada 12/11 dan 16/11 2020, maka dengan sendirinya tempoh 5 tahun berakhir pada tarikh tersebut. Dari tarikh tersebut perlu diadakan PRN-17 dalam tempoh 60 hari.

Oleh kerana tempoh tersebut masih berbaki 2 tahun setengah, maka Kerajaan Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dipimpin Datuk Seri Hajiji Haji Noor dapat merealisasikan semaksimum mungkin visi SMJ.

Salah satu indikasi kejayaan apabila pada tahun 2022, julung kalinya kerajaan Negeri Sabah dapat mengutip hasil RM6.6bilion. Kutipan hasil ini, bagi penulis yang mengikuti kutipan hasil negeri berdekad lamanya, pada kali ini, kutipan hasil hasil melonjak dengan ketara dari tahun ke tahun (Year to Year).

Kutipan hasil negeri, dijangka akan terus meningkat, kerana pengenalan sektor-sektor baharu yang menyumbang kutipan Cukai Jualan Negeri (CJN) umpamannya menerusi kawal selia gas (daratan) daripada Petronas.

Kerja keras dan komitmen tinggi daripada pengurusan negeri mendayaguna sumber kekayaan negeri, termasuk industri minyak dan gas, alam semulajadi menerusi industri pelancongan dijangka akan terus menyumbang kutipan hasil negeri y to y bagi negeri.

Selain itu sumbangan syarikat-syarikat dan badan berkanun berkaitan kerajaan sangat membantu hasil negeri. Nampaknya, setiap mereka yang diberi tugasan dan amanah membangun perekonomian negeri telah memberikan peranaan masing-masing semaksimum mungkin, semata-mata untuk menjayakan SMJ.

Penulis melihat, mana-mana pemimpin parti yang diberi peranaan, samada mereka itu anggota kabinet negeri atau kah bukan, sama-sama menyumbang tenaga berpasukan, untuk mencapai misi negeri.

Kerana keterpaduan itu, maka jika ada gerakan tertentu, merosakan rangakaian dan kerja berpasukan ini, perlulah dihentikan, kerana ianya hanya membantut misi menjayakan visi SMJ sepenuhnya.

Penulis mengikuti dengan dekat, keterbantutan perekonomian, kemajuan, pembangunan negeri, kerana mengubah kerajaan, mengubah pengurusan atau pemerintahan sebelum tempoh matang, sehinggakan kerap berlaku, try n error semula bagi yang baharu, seperti mana berlaku selepas PRU-14, dalam tempoh 2 tahun, ekonomi negeri merudum dengan teruk sekali.

Rakyat negeri pada umumnya, sudah letih dengan gerakan menukar kerajaan sebelum tempoh matang, kerana perubahan tersebut tidak membawa manfaat pada mereka, melainkan ianya memenuhi kehendak para oportunis yang menggunakan rakyat untuk mancapai misi peribadi.

No comments:

Post a Comment