Monday, January 02, 2023

HARGA BARANG TURUN HANYA UNGKAPAN?

MANA-MANA barang bernilai sekali gus keperluan, harga turun hanya ungkapan, kecuali diberi subsidi.

Subsidi adalah kutipan hasil kerajaan. Oleh kerananya, peruntukan untuk sektor lain terpaksa dikurangkan misalnya pembangunan fizikal, sebab itu, kita biasa dengar di kawasan-kawasan luar bandar masih terdapatnya jalan-jalan daif, bangunan sekolah daif, bekalan air bersih daif, termasuk lah kemudahan kesihatan.

Jika menurut laporan setiap tahun tidak kurang RM80 bilion hasil kerjaan digunakan untuk berbagai bentuk subisidi. Jumlah itu lebih besar berbanding peruntukan tahunan untuk pembangunan yang berlegar-legar antara RM 40-50 bilion.

Kerajaan tidak cukup wang mencerap kenaikkan harga barang dengan memberi subsidi, dan terpaksa membiarkan harga naik.

Apabila harga barang naik, sedangkan pendapatan rakyat kekal, ertinya sebahagian besar pendapatan digunakan, ini yang dikatakan peningkatan kos sara hidup.

Sebenarnya, kerajaan telah bertindak sebelum ini, agar sebahagian kutipan kerajaan khusus untuk barangan dan perkhidmatan dipulangkan semula pada rakyat dalam bentuk subsidi atau bayaran tunai, iaitu melalui kaedah GST, kerana menerusi sistem percukaian ini, dapat mengelak pasaran gelap, berbanding SST. Akan tetapi, GST tidak disukai peniaga besar, dan malangnya pengguna juga terutama mereka yang memerlukan bayaran balik kerajaan, iaitu B40 terpengaruh menolaknya, kerana tidak mendalami maksud sebenar sistem percukaian tersebut.

Apabila GST dipolitikkan, terpaksa dimansuhkan, apabila kerajaan yang memperkenalkannya tumbang. Kerana pemansuhan tersebut, maka kutipan hasil cukai untuk dipulangkan pada rakyat, berkurang hampir separuh, kerana SST mengutip lebih rendah, selain itu ketirisan kutipan cukai menerusi pasaran gelap.

Dalam keadaan sekarang, apapun tindakan kerajaan membendung kenaikkan harga, sukar dilaksanakan, apapun mekanisme yang digunakan, kerana perekonomian negara dipengaruhi ekonomi global.

Harga ayam dan telur pun, tidak dapat dibendung, demikian juga sayur mayur, harga makanan laut juga tidak dapat dibendung, apa tah lagi barangan lain.

Nescafe 3 ini 1 dalam paket original yang berisi 25 sack sebelum pandemik Covid-19 dijual di Speedy99 RM9.99 kini berharga RM10.99, akan tetapi di jajaran pasar raya CKS dijual pada harga RM14.99. Perbezaan harga di dua setor kerana perbezaan tarikh luput.Murah kerana tarikh luput singkat, mahal kerana tarikh luput lebih lama.

Buah-buahan pula, cukup ketara kenaikkannya. Buah papaya misalnya, biasanya penulis eli pada harga RM2.50 sekilo sebelum pandemik Covid-19, sejak akhir-akhir ini telah meningkat pada harga RM4.50, itu lah sebabnya, sebiji berharga antara RM7-10 di CKS Bundusan.

Makanan laut, misalnya ikan beliak mata/ujirashid kini berharga RM18.50 sekilo berbanding sebelum ini antara RM3-5.50 sekilo. Ikan kekek pun sudah RM12.50 sekilo, jangan kata ikan basung (sudah menjadi ikan pilihan kerana kegemaran restoran-restoran kecil atau gerai-gerai makan) kini dijual antara RM16-18 sekilogram. Bayangkan ikan basung adalah ikan termurah sebelum ini, kini bukan lagi murah, tetapi lebih mahal daripada daging ayam!!!.

No comments:

Post a Comment