Tuesday, January 17, 2023

GANGGUAN POLITIK ITU BENAR

SATU persatu gangguan politik diselesaikan. Apabila selesai, maka mereka yang diganggu dapat berkhidmat untuk menunaikan tanggungjawab pada rakyat yang memberi mandat atau memilih mereka dalam pilihan raya.

Minggu lalu di Sabah, tindakan menggulingkan kerajaan negeri selepas dipatahkan telah diselesaikan menerusi penjajaran baharu parti anggota kerajaan.

Pada 16 Januari, Speaker Dewan Rakyat telah membuat keputusan 4 ahli parlimen GRS yang didakwa diluar jangka telah mengosongkan kerusi masing-masing, tidak perlu mengosongkan kerusi.

Gangguan politik yang tertangguh adalah berkaitan petisyen pilihan raya bagi Parlimen Putatan, yang dibuat oleh calon PKR yang gagal mempertahan kerusi parlimen tersebut apabila kalah dengan perbezaan 124 undi pada PRU-15 lalu. Petisyen pilihan raya ini perlu diselesaikan dalam tempoh 6 bulan oleh mahkamah Khas pilihan raya.

Apabila semua gangguan politik reda, maka memberi ruang pada mereka yang dipilih rakyat menerusi pilihan raya bekerja semampu mungkin memajukan rakyat dan negeri.

Isu kemudahan asas, selain kos sara hidup rakyat, adalah cabaran bagi mereka yang diberi mandat oleh rakyat menananginya, jika boleh diselesaikan dalam masa sesingkat-singkatnya.

Jika semua pemimpin politik menjadikan pilihan raya sebagai “bus stop” berpolitik dan menunggu 5 tahun untuk menyambungnya semula, maka mereka yang dipilih semasa pilihan raya dapat bekerjasama untuk dinilai semula pada pilihan raya berikutnya.

Apabila wakil rakyat dapat bekerja semaksimum mungkin, yang mendapat manfaat adalah rakyat dan negeri. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Post a Comment