Monday, January 16, 2023

ADA PIHAK MEMPERTIKAI HAJIJI TIDAK BERPARTI

HANYA kerana secara enblok para ADUN yang menang pada PRN-16 Sabah adalah ahli Bersatu, mengumumkan secara rasmi keluar parti pada 10 Disember 2022, dan menyatakan kesemua mereka adalah ahli Gabungan Rakyat Sabah (GRS), ekoran keputusan gabungan tersebut menyikirkan parti itu sebagai komponen gabungan pada 9 Disember 2022.

Mereka yang tidak memahami perlembagaan GRS yang didaftarkan sebagai parti pada Mac 2022, ada lah gabungan yang menerima dua bentuk keahlian, samada parti atau perorangan.

Apabila GRS menjadi sebuah parti, maka secara atomatik mereka yang berjawatan dalam parti itu juga sebagai ahli gabungan tersebut. Oleh kerana Hajiji adalah pengerusi parti itu, bermakna, secara langsung juga ahli parti itu.

Umum mengetahui, sebaik sahaja GRS didaftarkan sebagai parti, Kerajaan Sabah yang sebelumnya adalah Kerajaan GRS, dijenamakan sebagai Kerajaan GRS-BN.

Untuk membuktikan, bahawa Hajiji sebagai ahli GRS, apabila menandatangi watikah calon-calon GRS yang bertanding pada PRU-15.

Hakikatnya, para ADUN yang asalnya ahli Bersatu, tidak perlu pun mengeluarkan kenyataan secara umum keluar daripada parti, kerana mengikut perlembagaan Bersatu, mana-mana ahli parti itu menyertai parti politik lain, secara automatik gugur keahlian.

Apabila ada pemimpin parti politik mempersoalkan status Hajiji, sambil menuduh tidak berparti, maka dengan tegas Ketua Menteri itu mempersilakan mereka merujuk pada mahkamah atau ROS.

Pada hakikatnya mereka yang mempersoal itu, tahu berkaitan status Hajiji dan para ADUN lain yang dahulunya ahli Bersatu, kerana apabila kerajaan Sabah dikenali sebagai Kerajaan GRS-BN, maka, akan tahu, bahawa gabungan itu mempunyai keanggotan samada parti atau perorangan.

Oleh kerana para ADUN yang dahulunya ahli Bersatu, mahu dikenali sebagai wakil rakyat GRS, dengan sendirinya membawa erti, bahawa mereka itu telah menyertai GRS secara individu, bukannya atas nama parti.

Benar, keanggotan GRS boleh parti atau perorangan, ertinya apabila merujuk para wakil rakyat yang berasal daripada Bersatu, mereka telah memilih sebagai ahli langsung, berbanding atas platform parti. Oleh kerana kedudukan mereka sedemikian, maka tidak ragu-ragu sentiasa menggunakan wakil rakyat GRS.

Mereka yang berkomplot menggulingkan Hajiji sebagai Ketua Menteri, kerana asas dakwaan mereka Hajiji tidak berparti, sebenarnya hanya cubaan untuk mengelirukan rakyat. Mereka tidak berpijak pada fakta.

Mereka itu, mungkin terlepas padang, bahawa TYT Sabah adalah seorang peguam yang bertauliah. Apabila TYT terus mengiktiraf Hajiji sebagai Ketua Menteri, maka dengan sendirinya, kedudukan Ketua Menteri berperlembagaan, tidak melanggar mana-mana butiran perlembagaan negeri berkaitan seseorang yang dilantik sebagai Ketua Menteri.

Penulis terbaca satu artikel yang dilaporkan Freemalaysiaotday (FMT) pada 16 Januari yang ditulis oleh Joe Samad yang bertajuk "Sabah's double whammy of political instability and systemic corruption"  yang mana  artikel tersebut dipenuhi berbagai fakta salah, yang cuba mengelirukan pandangan umum berkaitan kedudukan Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

Sebagai contoh, penulis tersebut mendakwa bahawa keabsahan sokongan ADUN pada Hajiji tidak pernah dibuktikan, sedangkan pada sidang Khas DUN Sabah pada 10 Januari 2023, yang membentangkan 2 RUU yang dibentangkan oleh Ketua Menteri telah mendapat sokongan 44 ADUN daripada 79. Sokongan tersebut mewakili 56% ADUN. Bukan kah sokongan pada RUU tersebut satu keabsahan? Sokongan dalam DUN adalah bukti tertinggi dalam soal keabsahan sokongan.

Dalam artikel itu juga penulis tersebut meletakkan berlakunya komplot pengulingan kerajaan negeri kerana berkaitan tindakan Hajiji keluar daripada Bersatu. Sekali lagi, penulis tersebut cuba mengelirukan rakyat, kerana Hajiji melalui GRS adalah sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ada lah tidak masuk akal, Hajiji dapat mempertahan status quo, atas sebab, Bersatu salah satu komponen Perikatan Nasional (PN) adalah pembangkang kepada Kerajaan Persekutuan.

Apa yang pelik penulis tersebut mendakwa bahawa komplot pengguliangan Kerajaan Sabah kerana disebabkan oleh Ketua Menteri, sedangkan yang berkomplot itu adalah mereka yang sebahagian daripada kerajaan GRS-BN, hanya kerana mahu jawatan Ketua Menteri.

Jika benar lah komplot itu disebabkan oleh Hajiji, mengapa kah masih mendapat sokongan 44 ADUN? termasuk daripada parti yang bukan sebahagian daripada kerajaan? Kebenarnya adalah, tiada pihak yang sanggup menyertai Kerajaan Pintu belakang, lagi pun mereka yang menyokong Hajiji, tidak nampak sebarang merit atau alasan untuk tidak menyokong Ketua Menteri tersebut.

Mereka yang menyokong berpandukan pada pencapaian kerajaan semasa dipimpin Hajiji, walaupun hanya berusia 27 bulan, akan tetapi telah mencapai kejayaan luarbiasa, baik pemulihan ekonomi negeri, kutipan hasil negeri, perealisasian Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kemasukan pelabur dalam negeri, selain mempunyai HALA TUJU yang jelas, iaitu SABAH MAJU JAYA.

Hanya mereka yang berfikiran TIKUS MEMBAIKI LABU, akur dengan tindakan menumbangkan Hajiji dan kerajaan yang beliau pimpin.

No comments:

Post a Comment