Monday, December 26, 2022

TERLERAINYA MA63-TARAF KEHIDUPAN SELESA MENANTI RAKYAT SABAH

PELAHAN-LAHAN, akhirnya isi kandungan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dituntut Sabah & Sarawak terlerai.

Bukan mudah meleraikan perkara “kusut” berkaitan MA63, walaupun hakikatnya tidaklah kusut, kerana ianya semua terletak pada niat dan komitmen.

Tahun hadapan, bertepatan 10 Januari 2023, menurut Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Hajiji Haji Noor akan diadakan Sidang Khas DUN Sabah, menyambut kelulusan Putrajaya untuk Petronas menyerakan Kawal Selia bekalan Gas (urusan daratan) kepada Negeri Sabah.

Juga pada 4 Januari menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tugas-Tugas Khas Hal Ehwal Sabah & Sarawak kabinet akan mengumumkan, berkaitan 27 butiran tuntutan dalam MA63 oleh Sabah & Sarawak.

Komitmen para pemimpin Sabah, khususnya Ketua Menteri, berkaitan MA63, akhirnya memberi harapan cerah pada rakyat Sabah untuk mencapai kehidupan selesa, kerana sumber alam atau khazanah negeri dapat digunakan untuk rakyat, berbanding sebelum ini, hanya mampu melihat kemajuan di kawasan lain sumbangan khazanah negeri.

Di masa akan datang, apabila peluang, agihan dilaksanakan dengan seadil-adilnya, tiada lagi rakyat negeri ini, kelaparan dalam restoran.

No comments:

Post a Comment