Wednesday, December 28, 2022

SURVIVAL LEBIH UTAMA BERBANDING PRINSIP

JANGAN pelik jika Presiden Umno berkata, kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) membawa mudarat pada parti itu berbanding dengan Pakatan Harapan (PH).

Datuk Ahmad Zahid Hamidi mengambil pertimbangan berkaitan kawasan pilihan raya, yang mana Umno- Bersatu-Pas saling berebut kawasan kerana bermain pada kolam yang sama, iaitu kaum melayu; manakala dengan PH, walaupun kelihatan bersaing dengan Amanah, akan tetapi tidak begitu ketara, manakala dengan PKR dan DAP, saling memerlukan; kerana masing-masing mempunyai segmen penyokong yang berbeza.

Dengan mengambil sandaran keputusan PRU-15, kerjasama Umno dengan PN, akan terlepas peluang kerusi-kerusi Umno yang ditawan PN, manakala kerjasama dengan PH, Umno berpeluang merampas kerusi-kerusi tersebut dengan bantuan/sokongan PH.

Matlamat Zahid, demi survival Umno daripada segi kerusi untuk mengekalkan parti kekal relevan dalam politik tanah air. Jika Umno merampas kerusi-kerusi yang dimenangi PN yang berjumlah 71 di Semenanjung, maka parti itu, akan kembali sebagai parti terkuat seperti mana sebelum PRU-14.

Matlamat Umno, ibarat two side of the coin, iaitu menyelamatkan parti itu, dilain pihak pula, membantu parti yang sekian lama dijadikan "musuh", iaitu DAP bakal menobatkan diri sebagai parti terkuat bagi mewakili bukan melayu, manakala PKR dan Amanah menjadi pelengkap.

Keadaan ini lah bakal berlaku dalam senario politik tanah air, setidak-tidaknya untuk penggal ini dan penggal akan datang.

Di lain pihak pula, jika PN kekal dengan pendakatan yang sama, walaupun mungkin kekal menguasai kawasan-kawasan melayu (malay belt), akan tetapi sukar menubuhkan kerajaan Persekutuan, meskipun mungkin kekal sebagai kerajaan bagi negeri- negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, kecuali parti itu mendapat sokongan parti-parti daripada Sabah dan Sarawak.

Itupun jika Parti-Parti daripada Sabah dan Sarawak akan mempertahankan pendekatan, akan menyokong mana-mana parti-parti di Semenanjung boleh membentuk kerajaan, akan tetapi jika sebaliknya berlaku, sepertimana pendekatan Barisan Nasional (BN) sebelum dan semasa PRU-14, bahawa parti-parti Semenanjung dan Sabah & Sarawak saling bekejasama, maka peluang PN, semakin jauh.

Dalam keadaan sekarang, pasca PRU-15, semua parti-parti daripada Sabah & Sarawak bersama-sama dengan Kerajaan Perpaduan. Tidak mustahil, sebagai parti-parti yang mendokong kerajaan, TIDAK akan bekerjasama semasa pilihanraya, kerana dalam politik itu, TIADA KAWAN KEKAL, TIADA LAWAN KEKAL, yang kekal adalah KEPENTINGAN RAKYAT.

No comments:

Post a Comment