MESYUARAT pertama kabinet Persekutuan, membuat ketetapan tugasan khas bagi dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi mempengerusi pasukan menghadapi banjir, manakala Datuk Fadillah Yusof memastian Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Sepertimana reaksi pertama penulis sebaik sahaja pengumuman barisan kabinet Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa kabinet yang diterajui Perdana Menteri ke-10, adalah barisan kabinet fungsional, maka hari ini, terbukti.
Kabinet fungsional, sangat efektif untuk "Tickle" isu-isu mendesak dan perlu penyelesaian segera, seperti isu banjir dan MA63.
Nampaknya, Perdana Menteri yang tertangguh angkat sumpah selama 24 tahun tersebut, bukan memahami isu akan mengerti dan tahu menyelesaikannya.
Isu berikutnya berkaitan inflasi dan barangan keperluan harian harian, selain perekonomian dan kewangan negara.
Diharapkan anggota kabinet dan penjawat awam dapat mengadosi dengan cepat, style kepemimpinan PM-10 tersebut, demi rakyat dan negara.
Apabila mesyuarat pertama kabinet, menekankan isu banjir dan MA63, maka dimengerti bahawa Datuk Seri Anwar mengutama isu yang didahulukan.
No comments:
Post a Comment