Monday, December 05, 2022

APA KEPUTUSAN PENGUNDI PADANG SERAI DAN DUN TIOMAN PADA 7 DISEMBER INI?

UJIAN awal kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) adalah di Parlimen Padang Serai dan DUN Tioman yang terpaksa ditangguhkan kerana kematian salah seorang calon, di Padang Serai kematian calon PH dan di DUN Tioman calon Perikatan Nasional (PN).

Parlimen Padang Serai dipertahankan calon PH, manakala di DUN Tioman calon BN.

Saingan utama dua blok parti yang hanya bekerjasama pasca PRU-15, akan berhadapan calon daripada PN.

Di Kedah, daripada 14 parlimen yang dipertandingan pada PRU-15, 13 kawasan dimenangi PN, manakala PH satu, sementara BN tidak menang sebarang kerusi.

Di Pahang pula, untuk kawasan DUN, daripada 41 yang dipertandingkan, PN menang 17, BN 16, sementara PH 8. Bagi kawasan parlimen daripada 14 yang dipertandingkan, PN menang 7, BN 5 dan PH 2.

Di jangka walaupun momentum dan pola pengundian di dua kawasan tersebut tidak jauh berbanding PRU-15, akan tetapi keputusan ditentukan oleh peratusan yang keluar mengundi. Jika peratusan yang keluar mengundi rendah, bermakna, pengundi luar tidak keluar mengundi kerana kesuntukkan masa, atas sebab, hari mengundi kebetulan hari bekerja.

Dijangka pengundi kali pertama dan undi-18 akan kurang peratusannya, dan kemungkinan pengundi adalah pengundi tradisional dan matang. Biasanya, kategori pengundi sedemikian akan memberi undi pada calon yang biasa mereka menangkan, dalam hal ini, calon PH di Padang Serai dan calon BN di DUN Tioman. Akan tetapi, jika berlaku sebaliknya, maka sekali lagi membuktikan, bahawa pola pengundian sudah berubah.

Keputusan dua pilihan raya tertangguh ini, tidak boleh dijadikan penanda aras menjelang 6 PRN di tahun hadapan, kerana suasana yang amat berbeza, seperti juga pada PRN Melaka dan Johor yang terbukti amaran palsu pada BN.

No comments:

Post a Comment