Saturday, December 31, 2022

BERI PELUANG PADA KERAJAAN MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB

RAKYAT telah pun membuat keputusan melalui pilihan raya. Parti yang boleh membentuk kerajaan telah pun menubuhkan kerajaan, baik di peringkat negeri mahupun persekutuan.

Masa sekarang adalah memberi peluang pada kerajaan melaksanakan tanggungjawab, supaya masalah-masalah dan keperluan rakyat dapat diatasi dan ditunaikan.

Isu inflasi yang timbul kerana berbagai faktor seperti pandemik Covid-19, krisis Ukrine-Russia, belum mereda, sehinggakan memberi kesan cukup ketara pada kos sara hidup  terutama pada mereka yang berpendapatan rendah.

Bukan itu sahaja, ada barangan  keperluan rakyat yang kekurangan bekalan, yang mendorong kenaikkan harga, kerana demikian lah hukum penawaran & permintaan, apabila permintaan kekal, sementara penawaran kurang, maka akan berlaku push harga ke atas.

Pada keadaan sama juga, aktiviti-aktiviti ekonomi yang terkesan semasa era pandemik Covid-19, sedang merancakkan aktiviti untuk kembali pada keadaan sedia kala.

Di pihak kerajaan pula, tindakan pro-aktif diperancak, selain meneruskan berbagai bantuan pada rakyat termasuk bantuan tunai, juga membuka peluang-peluang baharu yang berupa projek-projek dan industri pelaburan semata-mata untuk membuka sebanyak mungkin peluang pekerjaaan dan juga perniagaan, agar semakin ramai rakyat mendapat upah dan kerajaan mendapat kutipan hasil menerusi kutipan cukai.

Membesarnya ekonomi sesebuah negeri atau negara, apabila kek ekonomi juga membesar atau berkembang. Apabila ini berlaku, dengan sendirinya kos sara hidup dikomplimen oleh peningkatan disposable income rakyat atau ketua keluarga.

Dalam usaha peningkatan disposable income rakyat, maka memberi peluang pada kerajaan off the day dalam tempoh 5 tahun ini, memerlukan semua pihak, termasuk daripada para pemimpin pembangkang.

Jangan lagi ganggu mereka yang telah diberi kepercayaan rakyat pada PRU-15, menerusi kemenangan baik parti atau calon, termasuk menganggu secara teknikal, dengan hujah, ada wakil rakyat terpaksa mengosongkan kerusi kerana isu teknikal, dengan mengaitkan Undang-Undang Antilompat.

Juga jangan lagi mempersoalkan keputusan melantik seseorang yang sedang dibicarakan dimahkamah kerana dilantik ke jawatan kerajaan atas kapasiti wakil parti, bukannya atas faktor peribadi.

Kita semua perlu belajar menerima, dan mampu memisahkan antara isu peribadi dan parti atau kerajaan, supaya kita dapat MOVE ON,  ke arah yang lebih baik.

Selain itu, kita semua perlu meletakkan pada pemahaman, bahawa mana-mana pemimpin yang mempunyai isu peribadi apabila tiba masanya, terutama di masa pilihan raya, akan gugur sendiri, apabila ditolak rakyat. 

Atas sebab itu, apabila semasa pilihan raya, ada pemimpin yang terpalit dengan berbagai isu, akan tetapi, masih diterima rakyat menerusi kemenangan, ertinya sumbangan mereka itu masih diperlukan ketimbang isu peribadi. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Post a Comment