TERMASUK calon dan jentera masing-masing parti, tanamkan pada jiwa masing-masing bahawa kerjasama antara GRS-BN adalah satu entiti, dengan itu mudah memberitahu rakyat terutama penyokong masing-masing, jangan sesekali persoal berkaitan calon atau parti, kerana menang kalah adalah tanggungjawab bersama.
Agihan kerusi antara GRS-BN menampakkan betapa berjiwa besarnya masing-masing pihak, kerana mengambil pendekatan bertolak ansur.
Apa yang diharapkan dan perlu berlaku dalam masa singkat ini, semangat antara pemimpin kedua belah pihak sampai ke peringkat akar umbi, untuk memudah cara mencapai kemenangan.
Kemenangan dalam pilihan raya sangat bergantung pada kerjasama yang berterusan, kerana menerusinya rakyat akan melihat, bahawa mereka tidak tersalah alamat untuk menyokong, kerana parti yang disokong dapat bekerja sebaik-baiknya, kerana adanya sokong menyokong antara satu sama lain.
Sokong menyokong adalah kekuatan dan kestabilan, sesuai dengan MISI dua parti itu untuk mendokong sebuah Kerajaan Persekutuan yang kuat dan stabil.
Kepada rakyat yang bakal mengundi nanti, pandang lah GRS-BN satu entiti, dan kekal dengan prinsip Sabah diutamakan/didahulukan, berbanding “fahaman” politik, dalam membuat keputusan penentuan pembentukkan Kerajaan Persekutuan, kerana matlamat utama PRU parlimen ini adalah untuk tujuan itu.
Pertimbangan rakyat Sabah, semasa membuang undi nanti, pastikan calon-calon YANG MENANG adalah calon-calon KERAJAAN NEGERI, kerana melaluinya, kerajaan negeri mempunyai JAMBATAN kuat dengan KERAJAAN PERSEKUTUAN dalam usaha menyelesaikan masalah rakyat yang sedang dihadapi.
Rakyat Sabah kena ingat betul-betul, KERAJAAN NEGERI perlu sokongan KERAJAAN PERSEKUTUAN untuk meneruskan kemajuan dan pembangunan, terutama daripada segi peruntukan, penyediaan kemudahan asas rakyat selain pembangunan infrastrukur.
Pengundi Sabah akan berada dalam kerugian, jika memberi undi pada parti-parti seperti Warisan atau Pakatan Harapan, kerana dua parti itu bukan sebahagian kerajaan negeri.
Jika kerajaan persekutuan ph.. Mcmane
ReplyDeleteDah tk leh lompat dah
ReplyDelete