Thursday, October 20, 2022

UMNO TEGAS TIADA LAGI KERJASAMA DENGAN PAS DAN BERSATU

KERJASAMA Parti Pas dan Parti Umno sudah berakhir kini dan selepas PRU-15.

Sebelum ini Perdana Menteri- Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub yang juga “poster boy” Barisan Nasional (BN) membayangkan sebarang kerjasama dengan parti lain hanya akan berlaku selepas PRU-15, sekiranya Umno/BN tidak mencapai sasaran 112 kerusi daripada 222 yang dipertandingkan.

Mentafsir bayangan Perdana Menteri tersebut, maka kerjsama UMNO/BN dengan parti lain  berkisar pada parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) atau Gerakan Tanah Air (GTA) kerana setakat ini belum ada sebarang kenyataan mengenainya.

Kini semakin jelas pada rakyat, jika Umno/BN  sekalipun menjalin kerjasama dengan parti lain, hanya terhad dengan PH. Kerjasama antara dua blok parti tersebut telah dirintis semasa menjatuhkan kerajaan Perak, apabila Umno mengambil alih kerajaan atas sokongan PH.

Pendirian Umno khususnya mendorong  GPS-Sarawak membuat  penilaian semula kerana parti itu sebelum ini begitu tegas sebarang kerjasama dengan parti berelemenkan Parti DAP.

Menerusi pendirian terbaharu Umno ini, membuka mata pengundi melayu/islam di Semenanjung.

Pengundi melayu Semenanjung ada dua pilihan- sokong Umno/BN atau PN, kerana menyokong antara satu boleh menghalang kerajasama dengan PH.

Penulis melihat, pendirian terbaharu Umno ini, adalah pendirian hidup atau mati, sekali gus memberi amaran kepada pengundi melayu, bahawa kaum itu tiada pilihan melainkan perlu memenangkan parti itu.

Umno sedar, kemenangan hanya datang daripada kawasan-kawasan majoriti melayu di luar bandar.

PRU kali ini akan melihat ke mana arah tuju kaum terbesar, apa kah akan mengembalikan Umno ke tampuk kuasa atau sebaliknya.

Walaupun ramai penganalisis politik tanah air, membuat andaian, PRU ke-15 ini, ada kemungkinan parlimen tergantung, akan tetapi semuanya bakal bergantung pada tindakan terkini Umno, khususnya ketegasan Presiden parti itu- Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkaitan kerjasama dengan Parti Pas dan Parti Bersatu.

Persoalannya berkaitan tindakan Umno tersebut, apa kah kesannya dengan "kerjasama" antara GRS-BN Sabah, walaupun pemimpin Umno Sabah, menjelaskan, kerjasama dua blok parti tidak berelemenkan Bersatu dan Pas, sebaliknya kerjasama antara GRS sebagai sebuah parti.

Sejauh mana para pemimpin Umno Sabah dan GRS menyampaikan naratif pada pengundi Sabah? Apa kah masa mencukupi? kerana Parti Warisan menggunapakai isu tersebut untuk mempengaruhi pengundi Sabah agar menolak dua parti tersebut.

Penulis melihat PRU kali ini, adalah PRU "terhebat" di antara PRU-PRU di negara ini, atas sebab, bayangan keputusan terlalu sukar untuk diramal, apatah lagi julung kalinya, 6 negeri di Semenanjung tidak membubarkan DUN masing-masing.

No comments:

Post a Comment