Wednesday, October 19, 2022

PELIK JIKA PARLIMEN BEAUFORT TIDAK DITANDINGI GRS

BUKAN sahaja lazim akan tetapi lumrah, mana-mana keputusan termasuklah keputusan pilihan raya, menggunapakai keputusan terbaharu atau terkini, kerana itu lah keputusan yang mendekati fakta sebenar.

Dalam isu Parlimen Beaufort dengan dua DUN Klias dan Kuala Penyu, pada PRN-16 Sabah, dimenangi calon yang sama yang juga menang pada PRU-14. Ini bermakna, pengundi yang memilih dua calon tersebut pada PRU-14 yang mewakili parti lain, apabila bertanding semula melalui parti baharu pengundi telah "endorse" kedua-duanya, atau dengan kata lain, pengundi turut berhijrah ke parti yang disertai dua wakil rakyat tersebut.

Penulis lebih tertarik pada keputusan PRN-16 (gambar), untuk DUN Klias, calonnya Datuk Isnin Aliasnih menang majoriti 3,901 undi lebih tinggi berbanding calon urutan kedua yang mendapat undi 2,810; demikian juga calon DUN Kuala Penyu- Datuk Limus Jury menang dengan majoriti lebih tinggi berbanding calon urutan kedua, apabila menang dengan undi 6,256,manakala calon UPKO 2,983.

Bukan sahaja atas kertas,akan tetapi data atau fakta, kerana dua DUN ini berada dalam Parlimen Beaufort, dan hanya itu lah DUN yang ada dalam parlimen tersebut, maka secara lojiknya, pada mana-mana pilihan raya, parti yang diwakili dua DUN tersebut patut dipilih kerana mempunyai kebarangkalian tinggi untuk menang, kecuali lah kawasan Parlimen tersebut hendak dihadiahkan pada parti lain.

Jika kerana tujuan dihadiahkan, maka parti yang diwakili dua ADUN tersebut terpaksa akur,kerana namanya KERUSI HADIAH?

Dalam senario Parlimen Beaufort ini, Umno menuntutnya sebagai kawasan tradisi parti itu, kerana dimenangi pada PRU-14, tanpa berpandukan pada keputusan PRN-16 Sabah.

Sepatutnya kawasan Parlimen tersebut bukan lagi kawasan Umno, seperti mana dibuktikan pada PRN-16 Sabah. Fikir-Fikrkan... 

No comments:

Post a Comment