Wednesday, October 26, 2022

PRU-15 SABAH: RAMAI CALON MENANG BUKAN UNDI POPULAR KESAN PERTEMBUNGAN BERBAGAI PENJURU

NAMPAKNYA pada PRU-15 Parlimen Sabah akan banyak kejutan berlaku apabila akan muncul calon-calon “giant killer” kesan pertembungan berbagai penjuru. 

Penyertaan calon-calon kelas berat daripada masing-masing parti, menjadikan persaingan sengit  di berapa kawasan, yang berkesudahan kemenangan calon-calon bukan kerana undi popular akan tetapi kesan pertembungan berbagai penjuru.

Dalam senario pertembungan berbagai parti, calon yang menang tidak semestinya disokong undi popular, sebaliknya undi tertinggi di kalangan calon-calon, atau lebih dikenali kemenangan kerana sistem First Past The Post (FPTP).

Pada PRU-14, 13 parlimen dimenangi menerusi FPTP, manakala 12 lagi dimenangi dengan undi popular.

Pada PRU lalu antara kawasan-kawasan yang dimenangi menerusi sistem FPTP adalah Parlimen Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Putatan, Papar, Kimanis, Beaufort, Sipitang, Ranau, Keningau, Pensiangan, Libaran, Kalabakan, manakala kawasan yang dimenangi dengan undi popular Tuaran, Sepanggar, Kota Kinabalu, Penampang, Tenom, Beluran, Batu Sapi, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna, dan Tawau (seimbang).

Pada PRU kali ini, walaupun berlaku pertambahan undi luarbiasa, KEMUNGKINAN undi tambahan tersebut tidak keluar mengundi, kecuali pengundi yang benar-benar “genuine” kerana mengambilkira kecohan yang menyelubungi pertambahan undi tersebut. Jika senario ini benar-benar berlaku, dan pola pengundian seperti mana PRN-16 Sabah atau ada perubahan sedikit, calon-calon yang menang akan mengikuti pola kemenangan pada PRU-14, akan tetapi pada kali ini, calon-calon yang menang bersama undi popular akan banyak berkurangan.

Untuk mengurangkan kesan pertembungan berbagai penjuru, GRS dan BN mengambil pendekatan bekerjasama. Kerjasama antara dua parti ini mengingatkan kita sebelum Barisan Nasional (BN) berpecah. Juga menerusi PRU kali ini, ada perubahan, memandangkan antara Warisan dan Pakatan Harapan (PH) memilih saling bertembung. Perubahan ini menjustifikasikan lagi, andaian, banyaknya kerusi di menangi menerusi FPTP. Antara parti-parti yang mendapat manafaat sistem FPTP adalah calon-calon GRS-BN dan Parti Warisan, manakala PH hanya berlegar-legar di kawasan bandar.

Juga pada PRU kali ini, rata-rata kawasan adalah kawasan-kawasan panas, yang berkemungkinan berlakunya perubahan parti yang keluar sebagai pemenang.

Penulis bimbang berkaitan agihan kerusi antara GRS-BN yang tidak menggunapakai senario terkini atau paling tidak keputusan PRN-16 Sabah, yang boleh dimanfaatkan oleh calon-calon Parti Warisan, dengan mengambilkira lawan utama GRS-BN di lapangan adalah Parti Warisan, walaupun di atas kertas adalah PH.

Namun penyertaan parti serpihan Parti Warisan, sekurang-kurang dapat mengurangkan undi calon-calon parti berlambangkan perahu layar tersebut, walaupun kesannya tidaklah signifikan sangat, kecuali bagi Parlimen Kota Marudu, Papar dan Kimanis yang mungkin melakukan kejutan.

No comments:

Post a Comment