Friday, October 21, 2022

PARTI YANG MENANG BERGANTUNG POLA PENGUNDIAN

JANGAN kerana keterojaan menjadi calon atau bertanding, maka terlepas pandang pola pengundian sempena PRU kali ini.

Pola pengundian sangat bergantung pada keadaan pilian raya diadakan, selain isu-isu semasa yang bakal mendorong pengundi keluar mengundi.

Mana-mana parti yang bakal menang pada PRU-15 ini sangat bergantung pada pola pengundian, masing-masing kelompok umur, iaitu kelompok pengundi atas atas pagar dan kelompok penyokong parti politik.

Berpandukan pada jumlah pengundi bagi PRU kali ini yang berjumlah 21juta, golongan pengundi antara 18-39 tahun berjumlah 10juta, manakala kelompok atas 40 tahun seramai 11juta.

Kelompok umur di bawah 40 tahun lazimnya mereka yang tidak berparti atau golongan pengundi atas pagar, walaupun sebahagian kecilnya adalah penyokong parti-parti politik. Manakala kelompok umur atas 40 tahun dikategorikan sebagai pengundi matang, dan sebahagian besarnya penyokong atau ahli parti politik.

Mana-mana pilihan raya yang lalu-lalu, kelompok umur atas 40 tahunlah yang paling ramai keluar mengundi, kecuali pada PRU-14, kelompok umur bawah 40 tahun mencatit rekod tertinggi berbanding PRU-PRU sebelumnya.

Pada PRU kali, jika pola pengundian serupa dengan PRU-14, maka mengundang bahaya bagi parti yang bersandarkan pada penyokong tegar.

SPR telah menetapkan 19 November sebagai Hari Mengundi, jika mengikut ramalan cuaca, tiga hari sebelum hari mengundi sehinggalah ke hari pengundian diramalkan cuaca cerah dan baik, walaupun di sana sini berlakunya hujan panas, tetapi tidak menimbulkan bencana banjir.

Masing-masing blok parti politik yang bakal mengambil bahagian mempunyai segmen penyokong tersendiri, menang-kalah akan terletak pada kawasan-kawasan marjinal atau kritikal bagi semua parti.

Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bersaing di kolam yang sama. Parti yang keluar sebagai pemenang, sangat bergantung pada pengundi atas pagar. Manakala Pakatan Harapan (PH) sukar disaingi di kawasan bandar dan spra bandar, tetapi mempunyai tendensi menang beberapa kerusi di kolam yang menjadi rebutan antara BN dan PN,khususnya 27 kawasan kritikal.

Akan tetapi semua kebarangkalian itu sangat bergantung pada peratusan keluar mengundi. Semakin tinggi peratusan keluar mengundi, semakin tidak jelas, blok parti mana yang keluar sebagai pemenang.

Tetapi yang menarik pada PRU kali ini, kesan SISTEM FIRST PAST THE POST menjadi faktor signifikan penentuan blok parti yang menang, kesan daripada pertembungan berbagai parti. Menerusi sistem ini, parti yang teramai ahli dan mempunyai pengundi simpanan mempunyai kelebihan.

Penulis menjangkakan, oleh kerana senario PRU kali ini berbeza dengan senario PRU-14, maka sukar menjangkakan, blok parti mana yang bakal menerajui Putrajaya, walaupun, masing-masing parti mempunyai keyakinan diberi mandat oleh rakyat, terutama Barisan Nasional.

Di Sabah pula, pertambahan undi yang mendadak bertambah, kemungkinan besar mempengaruhi pola pengundian, dan berkemungkinan, kawasan-kawasan tertentu, sebelum ini dianggap selamat bagi parti-parti tertentu, berkemungkinan tidak selamat lagi.

Boleh dikatakan hampir keseluruhan kawasan parlimen di Sabah mengalami pertambahan undi luar biasa, terutama di Parlimen Pensiangan, Sepanggar, Keningau dan Lahad Datu. 

No comments:

Post a Comment