Saturday, September 17, 2022

PRU-15 YANG SANGAT BERBEZA

INI lah kali ke-4 penulis mengikuti pilihan raya umum negara ini yang tiada kepastian, parti mana kah yang akan diberi mandat rakyat.

Kali pertama adalah pada tahun 1990, apabila berlaku persaingan sengit antara BN, APU dan Barisan Alternatif (BA), kemudiannya tahun 1999, kerana kemunculan Parti KeAdilan, dan tahun 2018, kemunculan Pakatan Harapan (PH).

Pada PRU-15 pula kemunculan Perikatan Nasional, selain PH, juga BN tidak sama lagi seperti mana sebelumnya.

Pada PRU-15 logo BN tidak berkibar di bumi Sarawak, bermakna hanya pada 191 kawasan parlimen sahaja gabungan 4 parti itu (pada PRU-14, 13 komponen parti) menyandarkan peluang mendapatkan 112 kerusi bagi maksud majoriti mudah.

Pada PRU-14, walaupun logo BN masih berkibar di Sarawak, ramai pemerhati politik termasuk juga penulis menjelang PRU tersebut, tidak dapat meramal parti mana diberi mandat rakyat, kerana senario seperti tahun 1990, 1999, demikian juga keadaannya pada PRU-15, tidak dapat dipastikan blok parti mana diberi mandat.

Pada tahun 1990, 1999, BN ternyata masih diberi mandat rakyat, akan tetapi pada PRU-14, PH. PRU-15? Tiada kepastian, walaupun Umno-BN cuba menghitung anak ayam sebelum telur menetas,hanya kerana kemenangan beberapa PRK pasca PRU-14 dan PRN Melaka dan Johor.

Penulis telah memperhatikan sekian lama, keputusan PRK dan PRN tidak menggambarkan keputusan pada PRU, seperti mana berlaku pada PRK Ijok, Teluk Intan, malah PRN Sarawak sebelum PRU-14.

Suasana politik sekarang, di pihak Umno sangat mahukan PRU-15 disegerakan, seperti mana ucapan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi DI Stadium Titiwangsa pada Sabtu, semakin dilamakan, maka semakin banyak isu negatif berkaitan parti itu bermunculan, sebab itu, memetik bait-bait lagu dangdut, JANGAN LAMA-LAMA NANTI DIAMBIL ORANG.

Pada Sabtu, sempena Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional 2022, Perdana Menteri disambut dengan laungan BUBAR! BUBAR! BUBAR!. Nampaknya pemuda BN tidak sabar-sabar menghadapi PRU, kerana medan itu lah untuk mendapatkan kuasa semula, seperti mana lalu-lalu.

Selepas berkuasa lebih 60 tahun, 5 tahun tanpa kuasa, walaupun menjadi sebahagian kerajaan bermula pada Mac, 2020, impian untuk menikmati semula kuasa sangat membara, sehingga menunjukkan ketidak sabaran. Mungkin mereka pura-pura lupa, bahawa PRU-15 tersangat berbeza berbanding PRU-PRU lalu.

PRU-15, dengan penyertaan hampir 23juta pengundi, dengan tambahan hampir 50% pengundi baharu termasuk undi-18, menjadikan PRU akan datang sebagai game changer politik tanah air.

No comments:

Post a Comment