Sunday, September 18, 2022

PRU-15: PENGUNDI BAHARU DAN PASIF CORAK KEPUTUSAN

PADA pilihan raya lalu-lalu, dominasi pengundi matang cukup signifikan, atas sebab itu, parti-parti tertentu boleh meramal pencapaian masing-masing pada kawasan-kawasan tertentu, akan tetapi pada PRU-15, kerana pengelibatan pengundi baharu dan pasif serta undi-18 , maka, mana-mana parti masih bersandar pada keputusan lalu-lalu (sehingga menganggap ada kawasan-kawasan tradisi), sukar berulang lagi, kerana itu, penulis berpandangan, PRU-15 adalah game changer politik negara.

PRU-15, pengundi baharu dan pasif termasuk undi-18, akan mengundi rentas parti, bergantung citarasa masing-masing.

Golongan ini tidak serupa pengundi matang yang terdoktrin mengundi parti-parti tertentu, yang dipanggil pengundi tegar. 

Namun, signifikannya undi golongan ini sangat bergantung sejauh mana pengelibatan mereka.

Bagi parti yang bersandar pada golongan pengundi tegar, tidak gemar golongan baharu ini menunaikan tanggungjawab, seperti mana berlaku pada PRN Melaka dan Johor.

Bagi parti-parti yang mengharapkan undi daripada golongan ini perlu mengatur strategi untuk menggalakan mereka keluar beramai-ramai, seperti mana PRU-14.

Semakin tinggi peratus pengundi keluar mengundi, parti yang bersandar pada pengundi tegar, tidak dapat merealisasikan jumlah anak ayam yang dihitung sebelum telur menetas, kerana fakta semasa PRN Melaka dan Johor, yang memenangkan parti tertentu adalah jumlah yang sama pada PRU-14, akan tetapi kalah.

Mana-mana parti yang terpalit dengan isu-isu semasa, terutama isu-isu negatif seperti rasuah dan salah guna kuasa, akan terkesan daripada golongan pengundi ini, kerana golongan ini membuat pilihan berasaskan isu-isu semasa bukannya isu-isu nostalgia.

Golongan pengundi baharu dan pasif, lebih gemar pada pendekatan sederhana, informal, selain mengikut cara hidup terkini. Mana-mana parti dapat menyelam isi hati dan kecenderungan golongan ini, parti itu lah yang bakal mendapat undi sebahagian besar daripada golongan ini.

Sayap-sayap pemuda pemudi, bukan sahaja perlu proaktif akan tetapi agresif mendekati golongan ini sesegera mungkin, secara langsung mahupun tidak, secara bersemuka mahupun maya, dengan membawa isu-isu atau program-program menarik perhatian mereka untuk diterjemahkan pada sokongan.

No comments:

Post a Comment