Thursday, September 15, 2022

PARLIMEN KOTA BELUD: ANTARA SALLEH DAN RAHMAN

Datuk Salleh dan Datuk Rahman, dua-duanya mangsa sabotaj pada PRU-14, penyebab utama kekalahan. Antara keduanya, Salleh lah yang mendapat kesan nyata, kerana semua DUN dimenangi parti yang sama, manakala Rahman, memangpun kerana penolakan rakyat pada parti.

Pada PRU-15, dua nama ini diperkatakan semula sebagai calon Umno bagi parlimen Kota Belud, misi merampas semula kawasan tersebut daripada Warisan.

Bagi penulis sebagai pengundi parlimen tersebut, antara dua nama tersebut, Salleh lebih ke hadapan merampas semula kawasan tersebut berbanding Rahman.

Salleh boleh diterima penyokong parti-parti dalam GRS atau parti-parti lain berbanding Rahman. Rahman bukan sahaja berhadapan dengan penyokong parti lain, akan tetapi dari penyokong Umno sendiri. Ertinya, jika dilihat daripada segi peluang, Salleh jauh ke hadapan.

Apapun alasan yang diberi, termasuk pandangan daripada dalam atau luar Umno Kota Belud, fakta di lapangan pada masa sekarang, Salleh adalah calon bukan sahaja memenuhi syarat WALI, akan tetapi harapan rakyat kawasan tersebut mentransformasi daerah tersebut sesuai dengan potensinya.

No comments:

Post a Comment