Saturday, September 17, 2022

BERITA GEMBIRA UNTUK RAKYAT SABAH

TAHUN 2022 genaplah 59 tahun Sabah berada dalam Persekutuan Malaysia.

Jika dikaitkan dengan usia manusia, ianya usia hampir usia warga emas.

Juga jika dikaitkan dengan kakitangan awam, usia menuju pesaraan pada kedudukan yang tertinggi.

Akan tetapi dilihat daripada segi negeri, usia sedemikian mungkin sebagai permulaan untuk bergerak pada tahap yang baharu.

Sabah pada tahap awal bermula pada tahun 1963-1975, kutipan hasil bersandar pada penembangan kayu kayan; 1976-1985, bermulanya pelaburan asing langsung, termasuk pinjaman luar negara antara lain daripada Asian Development Bank (ADB) untuk membina kemudahan awam dan pendirian kilang-kilang, berkaitan pertanian, perikanan dan mengusahakan tanah-tanah secara besar-besaran melalui peladangan, penubuhan berbagai syarikat berkaitan kerajaan; semua ini untuk tujuan meningkatkan hasil kerajaan dan membuka peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan. Era itu, bermulanya proses kemajuan negeri, akan tetapi menjadi perlahan pada tahun 1985-1994, ekoran perubahan politik yang kurang akrab dengan pertumbuhan dan kemajuan negeri, sehinggakan banyaknya GLC diswastakan atau dijual untuk tujuan mendapatkan sumber kewangan.

Tahun 1994-2002, keadaan atau kemajuan tidak banyak berubah, kesan perlahannya kemajuan dan aktiviti ekonomi negeri, sehinggakan pada suatu masa keadaan kewangan negeri begitu krtikal sekali, malah simpanan kewangan negeri beradalah pada kedudukan minus.

Tahun 2003-2018, perubahan hala tuju pembangunan dan kemajuan negeri, apabila menjadikan pelancongan sebagai industri baharu, memajukan hartanah, memajukan tanah-tanah secara komersial dengan memperkenalkan kawasan-kawasan atau zon industri seperti KKIP, POIC, SOGT, SAMUR, selain pembinaan lebuh raya Pan Borneo. Hasilnya, kutipan hasil negeri melonjak berkali ganda, dan pada tahun 2012, mencatit rekod, apabila untuk pertama kali sejak merdeka melepasi angka RM4bilion.

Walaupun kemajuan dan pembangunan negeri mendapat kesan yang sangat positif hasil HALATUJU SABAH yang dilancarkan pada tahun 2003, akan tetapi menjadi perlahan untuk tempoh 27 bulan, ekoran perubahan kerajaan, yang mana penaraju kerajaan telah mengubah landasan yang telah dibina, seperti kata peribahasa pemimpinan kerajaan seperti kera mendapat bunga. Kesannya, pertumbuhan KDNK negeri daripada 8.2% tahun 2017, menjunam 1.5% pada tahun 2018, menjadi negatif pada tahun 2019 dan tahun 2020. Sebelum pertumbuhan ekonomi negeri menjadi parah, rakyat Sabah menukar kerajaan pada PRN-16 Sabah pada September, 2020. Ekoran perubahan kerajaan tersebut, pertumbuhan KDNK negeri menjadi positif 1.1% pada tahun 2021. Selain itu, hasil kutipan hasil Sabah melepasi angka RM5bilion, iaitu RM5.449 bilion pada tahun yang sama. Hasil kutipan ini, selain sumbangan sektor perkhidmatan juga daripada kutipan cukai dan royalti minyak dan gas.

Perekonomian Sabah berada pada landasan pemulihan, menerusi visi Sabah Maju Jaya (SMJ) halatuju yang dipekemas daripada sebelumnya, dan kesannya untuk tempoh Januari-September, 2022, pelaburan langsung asing (FDI) ke Sabah berjumlah RM9.9 bilion, ketiga tertinggi dalam negara.

Apa yang menjadi harapan rakyat negeri, adalah perkembangan ekonomi yang rancak daripada segala bidang, terutama menerusi teras-teras atau keutamaan dalam SMJ, seperti pelancongan, pertanian, industri dan modal insan.

GLC dan badan berkanun berkait kerajaan seperti Kumpulan Yayasan Sabah (KYS), Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) selain Sawit Kinabalu, Qazanah (dulu Warisan harta), Sabah Credit Corporation dan lain-lain yang berkembang positif, akan menyumbang pada perkembangan ekonomi negeri dan pada gilirannya, Sabah dapat merealisasikan SMJ menjelang tahun 2025. Pada masa itu, negeri akan lepas landas (take-off) menuju negeri maju.

Para penggerak syarikat-syarikat berkaitan kerajaan seperti Datuk Salleh Said, Datuk Ghulam Haidar, Datuk Abdul Ghani Yassin, Datuk Japlin Akim dan ramai lagi, bukan sahaja membukti kebolehan akan tetapi pencapaian yang amat ketara untuk memastikan SMJ menjadi kenyataan.

Tahniah pada kabinet negeri yang diterajui Datuk Seri Hajiji Haji Noor kerana berjaya menjadi pemandu yang baik dan cekap, apatah kerajaan yang dikemudi mengutamakan kerajaan yang Bersih, Cekap, Amanah dan Berintegriti.

3 comments:

  1. Rakyat sabah n sarawak sila bangkit.. Jadikan pengundi yg bijak.. Sape yg salah guna kuasa masa memerintah.. Kasi tolak

    ReplyDelete
  2. Begitu juga juga rakyat malaysia..

    ReplyDelete
  3. Tk betul.. Tolak dalam pru.. Tidak kiralah bn, pn mahupun ph

    ReplyDelete