Saturday, July 09, 2022

PILIHAN RAYA DAN RASUAH

DALAM usia senja ini, penulis hanya mengisi masa lapang dengan menulis berkaitan politik tanah air.

Sebenarnya penulis bukan lah ahli politik atau terlibat dengan mana-mana perjalanan politik, akan tetapi sifat politik itu sendiri menarik untuk ditulis, kerana banyak peristiwa yang terkait dengannya, baik berkaitan ekonomi, sosial, pendek kata dalam politik itu banyak menggambarkan keluh kesah rakyat itu sendiri, baik rakyat biasa mahupun pemimpin politik.

Dua hari lalu, Tun Dr Mahathir menulis berkaitan keputusan PRN Melaka dan Johor, menurut mantan Perdana Menteri ke-4 dan ke-7 itu, Umno/BN menang kerana membeli undi.

Oleh kerana dakwaan tersebut datangnya daripada seorang negarawan dan pemimpin ulung politik, maka tidak boleh dinafikan begitu sahaja, kerana sukar ditolak kenyataan tersebut, kerana bukan mudah bagi pemimpin sehebat itu menodai kredibilti mendakwa perkara karut atau tidak berasas. Lagi pun, pemimpin seperti Tun Dr Mahathir bukan sedikit mata dan telinga, sebagai nara sumber maklumat apa yang berlaku.

Kekuatan sesebuah politik, sangat bergantung pada dua faktor, wang dan jentera (dibaca ahli). Apabila dua faktor ini saling berkombinasi, maka sesebuah parti itu boleh menang pilihan raya.

Terbukti, pada PRN Melaka dan Johor, walaupun Umno/Bn tidak mendapat undi popular, akan tetapi menang 2/3 kerusi. Menerusi kemenangan tersebut, terbukti, kekuatan jentera dan wang dapat mengikat penyokong, menjadi kekuatan pada sistem First Past The Post, apabila corak pengundian yang berpecah, kerana pertembungan berbagai parti.

Parti lain yang bertanding juga menggunakan kekuatan jentera dan wang, tetapi terhad berbanding dengan apa yang dimiliki Umno/Bn. Atas sebab itu, ramai penganalisis politik, jika kekuatan parti-parti lain digabungkan, bukan sahaja boleh bersaing, akan tetapi boleh menang, seperti mana berlaku pada PRU-14.

Tun Mahathir menekankan kemenangan Umno/Bn berkaitan pembelian undi (baca rasuah), kerana parti-parti lain termasuk parti mantan Perdana Menteri tersebut tidak mempunyai wang untuk bersaing.

Tujuan ahli Parlimen Langkawi tersebut, agar pengundi termasuk ahli Umno/Bn jangan kerana sogokan wang, maka masih memilih parti yang dipimpin pemimpin yang terlibat salah guna kuasa dan rasuah.

Tidak dinafikan, pemimpin Umno/Bn yang lapar perhatian, lapar sokongan, akan tetapi mempunyai wang maka mana-mana perjumpaan, formal atau santai, akan ramai peserta, kerana selain mereka itu dapat makan free, dapat baju T free, dapat juga pengganti minyak petrol dan minyak hitam, termasuk membeli rokok atau vipe bagi mereka yang suka mengembus atau menghisap asap.

Cara demikian, sebagai mukadimah untuk berhadapan dengan pilihan raya sebenar, atas sebab, data peribadi mereka menjadi perserta sudah tercatat, maka mudah digerakkan semasa pilihan raya sebenar, termasuk undi mereka, jika sudah terdaftar sebagai pengundi.

Pada PRU-15, kontak langsung dengan pengundi, yang telah dirintis menerusi perjumpaan tidak formal seperti majlis santai-santai atau kupi-kupi adalah kekuatan yang bakal menentukan keputusan pilihan raya.

Parti yang mempunyai kekuatan kewangan/jentera sudah tentu mempunyai kelebihan, atas sebab pilihan raya akan datang (PRU-15), memilih berasaskan sentimen seperti mana PRU-14, tidak lagi menjadi penentu.

Tiada siapa yang boleh menolak kekuatan kewangan/jentera sesebuah parti, hanya boleh ditewaskan oleh sentimen. Apabila sentimen melemah, maka tidak dapat menghalang kemenangan parti yang unggul daripada segi kewangan dan jentera.

Mungkin atas faktor yang disebutkan, bukan sedikit pemimpin yang mempunyai kedudukan dan jawatan, tidak lagi responsif, walaupun hakikatnya tindakan sedemikian mencipta penghalang untuk sokongan, akan tetapi, kekal yakin untuk menang, kerana faktor kekuatan kewangan.

Highlight Tun Dr Mahathir berkaitan rasuah semasa pilihan raya, tidak akan berkesan, kerana rata-rata telah menerima, mana-mana yang mempunyai kekuatan sedemikian, bakal ramai penyokong, sebab itu lah BossKu, memilih pendekatan Cash Is King!!!.

Penulis menyadari apa yang tersirat pada kenyataan BossKu, di Sabah kekuatan parti Warisan sudah melemah, demikian juga kekuatan Bersatu tidak sama seperti semasa Tan Sri Muhiyiddin Yassin Perdana Menteri, kerana baik Shafie dan Muhiyiddin tidak lagi berkuasa, maka akan terhad untuk menerima sumbangan dana politik.

BossKu yakin, bahawa pada PRU-15, rakyat tidak lagi mengundi berasaskan sentimen, ertinya, faktor-faktor penolak seperti 1MDB, SRC atau Yayasan Akal Budi, bukan lagi isu di kalangan pengundi, sebaliknya yang menjadi penentu adalah CASH IS KING!!!.

Pun demikian, itu lah anggapan BossKu and the geng, akan tetapi, TIADA siapa yang mengetahui keputusan rakyat,khususnya pengundi muda dan pengundi pertama kali.

Di Sabah, biasa dengan kejutan, seperti PRN tahun 1976, PRN tahun 1985 dan PRU-14. Apa kah juga berlakunya kejutan pada PRU-15? kerana ikut saranan Tun Dr Mahathir, tolak parti atau calon yang menggunakan kekutan wang untuk menang!!!. penulis berpandangan dalam senario politik sekarang, ianya hampir mustahil. Pun demikian sama-sama juga lah nantikan, apa kesudahannya.

No comments:

Post a Comment