Friday, July 29, 2022

KUMPULAN YAYASAN SABAH TERUS PERKASA PROGRAM SOSIAL/MASYARAKAT

PENGERUSI Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) Datuk Dr Ghulam Haidar, berkata samasa merasmikan bengkel yang diadakan kumpulan tersebut pada 27-28 Julai yang bertema “Memperkasakan Hala Tuju Program Teras Zon Yayasan Sabah”, bahawa kumpulan tersebut akan terus memperkasakan konsep serta sistem penyampaian program sosialnya, kerana itu lah objektrif teras kumpulan.

Menurut Ghulam, bengkel tersebut bertujuan memastikan KYS kekal relevan dengan keperluan masyarakat di samping mendokong falsafah pembangunan sosialnya.

Pelaksanaan bengkel anjuran kumpulan tersebut antara lain membuka peluang dan ruang untuk peserta yang terdiri daripada staf Pejabat Zon Yayasan Sabah,mengukuhkan penerapan seliaan program yang lebih berkesan agar pelaksanaannya meninggalkan impak mendalam terhadap golongan sasar, dalam usaha Kumpulan Yayasan Sabah melengkapi usaha-usaha kerajaan meningkatkan kualiti kehidupan rakyat di Sabah.

Bengkel selama dua hari tersebut bertempat di Bilik Multivision, Menara Tun Mustapha.

Ghulam yang juga Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB) berkata, program seperti ini telah bermula sejak tahun 1988 lagi, dan menurut beliau ianya membuktikan kesinambungan berterusan tanggungjawab sosial korporat KYS terhadap kesejahteraan masyarakat negeri ini menerusi tiga bidang yang difokuskan iaitu program Sosioekonomi, program Intelek dan Minda serta Program Sosiobudaya.

Pelaksanaan Program Teras Zon (PTZ) sudah melalui tempoh tiga dekad, atas sebab itu menurut ADUN Kawang tersebut, sudah semestinya dalam tempoh tersebut sudah ramai penduduk Sabah yang telah mendapat manfaat daripadanya sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Sehubungan itu, Pengurusan KYS akan sentiasa berusaha untuk memastikan PTZ dan program sosial lain dapat dilaksanakan setiap tahun tanpa banyak halangan.

No comments:

Post a Comment