PENULIS berpandangan, Undang-Undang Anti Lompat, tidak mencapai matlamat sebenar, atas sebab hanya melibatkan individu, bukannya parti.
Kebarangkalian tumbangnya sesebuah kerajaan kerana tindakan individu, ada peluang bagi kerajaan itu untuk mengambil semula kerajaan dengan menggunakan kaedah yang sama, seperti mana berlaku pada kerajaan Sabah selepas PRU-14.
Akan tetapi apabila melibatkan parti, seperti mana berlaku pada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang tumbang pada Februari, 2020 tidak lagi dapat diselamatkan, berbeza dengan tindakan segelintir individu yang menyebabkan tersingkirnya Perdana Menteri Perikatan Nasional (PN) pada Ogos, 2021, kerajaan tidak jatuh, hanya berlaku pertukaran Perdana Menteri.
Jika anggapan, di masa hadapan, tiada lagi katak bakal masuk parlimen, hakikatnya, anggapan tersebut tidak selamanya benar.
Di Sabah selepas PRU-14, selain tindakan beberapa individu lompat parti, juga melibatkan parti, iaitu parti UPKO.
Secara teorinya, untuk mengelak kerajaan tumbang kerana ada parti bersama kerajaan, bertukar pendirian untuk menyokong parti lain menubuhkan kerajaan baharu, maka perlunya parti dominan, yang mempunyai majoriti mudah secara bersendirian.
Hakikatnya, Undang-Undang Anti lompat, mempunyai maksud tersirat, agar rakyat menyokong atau memberi mandat pada parti yang boleh menjadi parti dominan.
Mungkin para pemimpin parti yang tiada peluang menjadi parti dominan, terlepas pandang berkaitan Undang-Undang tersebut.
Kini, semuanya terlambat, jika mereka terfikir maksud tersirat pada undang-undang itu. Undang-undang yang diluluskan oleh super majoriti, tidak mudah berulang lagi.
Di negara ini, jika berpandukan pada rekod, hanya Umno pernah menjadi parti dominan,
Namun dalam politik, semua kemungkinan boleh berlaku, siapa tahu parti yang menyebabkan pemimpin Umno alergi, buntu fikiran, kehilangan deria rasa, tidak dapat membezakan mana baik mana buruk, tidak dapat membezakan mana betul mana tidak, akan menjadi parti dominan. Semua itu, akan terletak ditangan pengundi pasif, atas pagar, undi-18 dan pengundi pertama kali pada PRU-15. Fikir-Fikirkan.
No comments:
Post a Comment