Monday, April 18, 2022

PRU-15: KESAN POSTER BOY UMNO/BN PADA PARTI LAWAN

JULUNGKALI bagi parti Umno, poster boy tanpa kuasa pemutus berkaitan senarai calon yang bakal bergandingan dengan beliau berdepan pilihan raya.

Dalam sejarah parti itu, termasuk PRU-14, poster boy adalah yang menandatangani watikah bagi calon-calon yang bertanding mewakili parti.

Keputusan yang dibuat Umno, mungkin melihat, bahawa PRU-15 adalah pertandingan personaliti calon Perdana Menteri, bukannya melihat pada senarai calon-calon.

Uji cuba parti itu pada PRN Johor dan Melaka dengan menggunakan pendekatan poster boy, terbukti berjaya.

Seperti mana diketahui, bahawa calon-calon parti itu pada dua PRN tersebut, terutama PRN Johor, majoritinya adalah orang-orang baharu yang belum mempunyai rekod, dan belum dikenali pengundi.

Dalam pilihan raya, untuk memaksiumkan sokongan, selain poster boy, parti, calon-calon juga penting. Kombinasi ketiga-tiganya dijangka memberi kemenangan. Strategi ini lah yang dipilih Umno berhadapan PRU-15.

Pengundi pada PRU-15, hanya perlu memilih parti yang diwakili poster boy masing-masing. Mana-mana poster boy menjadi pilihan, sudah tentu, calon-calon yang separti dengan beliau juga akan menjadi pilihan.

Umno mengambil pendekatan menamakan poster boy, sebagai strategi, untuk mengekang usaha parti lawan menghimpun kekuatan, menerusi bertanding dahulu, menang dahulu, baru menentukan calon Perdana Menteri.

Jika kaedah Poster boy digunapakai juga oleh parti lawan, maka Umno/BN mendapat kelebihan menerusi sistem First Past The Post (FPTP) seperti mana keputusan PRN Melaka dan PRN Johor.

Dalam senario politik tanah air sekarang, selagi berlaku pertembungan tiga penjuru atau lebih, sistem FPTP akan menentukan keputusan. Sejak sekian lama, Umno/BN lah yang mendapat keuntungan menerusi sistem ini, kecuali pada PRU-14, apabila parti-parti lawan bergerak sebagai satu pasukan menerusi PH, walaupun menggunakan logo PKR pada PRU tersebut.

Senario di atas tergunapakai di Semenanjung, tidak di Sarawak, akan tetapi mungkin berlaku di Sabah.

PRU-15 agak unik, kerana di Sarawak BN atau PN tidak bertanding, hanya GPS dan PH. Di Sabah pula, selain PH, BN juga bertanding, dan PN mungkin memberi laluan pada GRS. Oleh kerana GRS dan BN Sabah mungkin sepasukan, maka selain bertembung dengan PH juga parti Warisan. Pada PRU-14, parti Warisan telah menawan banyak kawasan tradisi BN.

Di Semenanjung jika berlaku banyak penjuru, maka memberi kelebihan pada Umno/BN, di Sarawak pula, apapun yang berlaku, GPS akan lebih menojol, manakala di Sabah keadaan 30:30:30 antara BN, GRS dan Parti Warisan, walaupun PH sukar disaingi dibeberapa kawasan, seperti Parlimen Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. Jika BN Sabah dan GRS mahu menghalang parti Warisan, maka tiada pilihan, melainkan mengelak pertembungan. Apa kah pendekatan ini boleh berlaku? Penulis berkeyakinan, berasaskan hubungan antara pemimpin BN Sabah dan GRS, sudah tentu mereka akan memilih keadaan menang-menang, bukan sebaliknya.  Jika itu yang dipilih, maka di Sabah kemungkinan besar tiada poster boy. Sama-sama kita nantikan kesudahannya.

No comments:

Post a Comment