Monday, April 18, 2022

MENGHUTANKAN SABAH-KESAN PANDANGAN JAUH MUSA

Datuk Musa Aman (kini Tan Sri) dilantik Ketua Menteri Sabah pada tahun 2003. Selepas dilantik, beliau sangat terkesan, apabila mendapati, hanya lebih kurang 800 ribu hektar kawasan hutan Sabah dalam kategori hutan kekal.

Merosotnya keluasan hutan negeri, kerana aktiviti pembalakan yang berterusan selama 60 tahun, sejak era pra kemerdekaan.

Jika tindakan drastik tidak diambil untuk menghalang pembalakan, maka generasi akan datang, hanya mengetahui khazanah alam semulajadi negeri menerusi gambar-gambar di muzium atau buku-buku geografi.

Untuk tujuan menghutankan kembali Sabah, maka pada hujung tahun 2007, Kerajaan Negeri memutuskan, menjadikan Ulu Segama, Malua dan Kulampang sebagai kawasan hutan kekal (tidak boleh dibalak atau Totally Protected Areas (TPA)).

Selain itu, disasarkan menjelang tahun 2025, 30% hutan negeri dikategorikan sebagai TPA, tujuannya bagi melindungi kawasan biologi terutama memastikan hidupan liar dapat dijauhkan daripada ancaman pemburu haram. Sasaran keluasan ini adalah sebahagian daripada 53% land mass negeri atau 3.9 juta hektar yang dikategorikan sebagai hutan simpan.

Pada tahun 2017, keluasan hutan kekal Sabah telah menjadi 1.87 juta hektar, berbanding tahun 2003 yang kurang sejuta hektar. Pada tahun ini juga, seluas 700,000 hektar hutan negeri mendapat pensijilan antarabangsa, iaitu pensijilan menerusi Forest Stewardship Council (FSC) yang digabungkan dengan program Eropah Bagi Kelulusan Pensijilan Hutan (PEFC). Dengan keluasan ini ia menjadikan Sabah memiliki kawasan hutan terbesar mendapat pengiktirafan pensijilan antarabangsa di Asia Tenggara.

Kejayaan menghutankan Sabah kembali, sudah tentunya didasari dengan keputusan Kerajaan Negeri semasa era Musa, yang mana dasar itu dilaksanakan oleh Jabatan Hutan Negeri.

Menghutankan Sabah kembali, tidak akan berjaya, jika tiadanya komitmen daripada kerajaan terutama Ketua Menteri, kerana aktiviti membalak sekian lama, tidak juga dapat dibendung oleh Jabatan Hutan, termasuk pengarahnya. Jika ada pihak yang menganggap, bahawa kejayaan menghutankan kembali Sabah, hanya kerana usaha Jabatan hutan, ianya tidak tepat, kerana dasar perhutanan ditentukan oleh kerajaan, samada menerusi keputusan kabinet mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN).

Rakyat Sabah terutama generasi akan datang, perlu berterima kasih pada kerajaan era Musa, kerana berjaya meletakan dasar perhutanan dan pemuliharan hutan negeri yang mapan, untuk diwarisi.

No comments:

Post a Comment