Monday, April 25, 2022

PRU-15: BERTANDING UNTUK MENANG

APABILA parti-parti yang melawan Barisan Nasional (BN) bertanding untuk menang, maka sukar untuk meramal keputusan PRU-15. Sebabnya, keputusan PRN Melaka dan Johor bukan lagi ukuran.

Pada dua PRN tersebut, kerana faktor sistem First Past The Post (FPTP), maka BN menang walaupun tidak mendapat undi popular.

Apabila parti-parti yang mendapat undi popular secara kumulatif mengambil pendekatan bertanding untuk menang, maka senarionya seperti pada PRU-14.

Parti-parti seperti Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) kerana menentang lawan yang sama (common enemy) boleh sahaja membuat keputusan untuk memastikan PRU-15 tiadanya pertembungan, melainkan hanya satu lawan satu dengan BN.

Memang tiada jaminan pengundi yang tidak menyokong BN akan mengundi parti yang tidak biasa diundi, apabila parti yang biasa diundi tersebut bukan parti yang bertanding di kawasan tertentu (Pengundi DAP misalnya tidak semestinya mengundi calon PAS, begitu juga sebaliknya). Dalam situasi sebegini, kebarangkalian pengundi tersebut tidak keluar mengundi..jika ini berlaku, maka visi parti-parti yang melawan BN tersebut tidak akan tercapai. Pun demikian, menerusi kaedah satu lawan satu, mempunyai peluang tinggi untuk mencapai kemenangan, berbanding bertembung sesama sendiri.

Dalam kebanyakan keputusan pilihan raya di negara ini, sedikit bukti menunjukkan, bahawa pengundi yang biasa mengundi bukan parti BN, akan mengundi BN. Kerana kecenderungan demikian, maka undi popular BN, berlegar-legar pada peratusan yang sama.

Menghadapi PRU-15, masalah utama bagi parti-parti yang melawan BN, adalah KETUA. Siapa Ketua? Berbeza dengan PRU-14,ketua adalah Tun Dr Mahathir!!!. Selagi parti-parti itu gagal menentukan siapa Ketua? maka akan dilihat menghalang pengundi silang antara penyokong parti masing-masing untuk saling melengkapi, untuk mengelak “protes” dengan tidak turun mengundi. Tidak keluar mengundi adalah penghalang utama bagi parti-parti selain BN untuk menang. Telah terbukti semakin rendahnya pengundi pasif atau atas pagar atau pengundi yang tidak menyokong BN, maka telah membantu kemenangan BN, pada beberapa PRK pasca PRU-14 dan PRN Melaka dan Johor.

Pada PRU-15, jika parti-parti yang melawan BN mengambil keputusan bertanding untuk menang, maka pilihan raya itu akan menjadi persaingan sengit seperti mana PRU-14. Sama-sama kita nantikan, apa kesudahanya..

No comments:

Post a Comment