Sunday, April 24, 2022

PRU-15: BERTANDING UNTUK KALAH

PRU-15 bakal menyaksikan samada Perikatan Nasional (PN) ataupun Pakatan Harapan (PH) bertanding hanya untuk kalah. Kalah bermaksud gagal menududuki Putrajaya. Putrajaya adalah tempat bagi parti yang menang. Mengapa dikatakan dua parti itu bertanding untuk kalah? kerana hanya satu jawapan, gagal berkerja berpasukkan untuk melawan musuh yang sama.

Terbukti dengan jelas melalui PRN Melaka dan Johor, dua parti itu bertanding untuk kalah.

Para pemimpin dua parti itu, bukanpun tidak tahu, bahawa Umno/BN boleh dikalahkan, jika strategi mengena, contohnya seperti yang dilakukan Tun Dr Mahathir pada PRU-14.

Malangnya pendekatan Tun tersebut tidak berulang lagi hanya kerana Langkah Sheraton, langkah yang masih segar, meninggalkan parut yang sukar dilupakan dalam waktu singkat oleh mereka yang kehilangan jawatan dan kedudukan, kerana tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan.

Kerana terluka, maka PH memilih biar Umno/BN kembali menduduki Putrajaya semula.

Dalam senario politik sekarang, hanya PN yang beria-ia sangat agar Umno/BN tidak menduduki Putrajaya semula, akan tetapi, parti itu tidak cukup kekuatan. Pencapaian Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana 17 bulan, walaupun produktivitasnya sebagai Perdana Menteri tersingkat cukup tinggi, akan tetapi belum cukup mengubah pendirian “bank votes” Umno/BN.

Memang benar, PN ada sokongan 30 peratus daripada pengundi Melayu, akan tetapi Umno/BN masih di hadapan dengan 40 peratus. Kerana sistem demokrasi negara mengunakan sistem First Past The Post (FPTP), maka Umno/BN lah yang menang di kawasan majoriti melayu.

Mengunapakai pendekatan, bahawa Umno itu mengumpulkan para pemimpin sombong, bongkak, takabur, pencuri, penyangak, belum mampu mengubah pendirian penyokong parti itu, malah pendekatan tersebut dirasakan sebagai “overkill”, pendekatan overkill, maka simpati bercampur empati membentuk kekuatan parti itu.

Penulis melihat, pembangkang yang memilih pemimpin Umno dalam kluster mahkamah dan kumpulan kleptokrasi sebagai sasaran untuk melemahkan parti itu tidak menjadi pendorong bagi penyokong tegar parti itu berpaling tadah, malah, jika dilihat pada PRN Melaka dan Johor, sokongan pada parti itu tidak jauh beza berbanding dengan PRU-PRU lalu, termasuk lah PRU-14.

Parti-parti yang melawan Umno/BN kena sedar kerana faktor FPTP, Umno boleh menang 70 kerusi parlimen daripada 165 kerusi di Semenanjung, dengan jumlah kerusi tersebut, menjadikan parti itu mempunyai kerusi terbanyak, dan kembali sebagai abang besar.

Memang betul, jumlah kerusi 70 belum cukup membentuk kerajaan, kerana memerlukan 42 kerusi lagi untuk mencapai majoriti mudah (majoriti mudah daripada 222 kerusi adalah 112). Jumlah kerusi 42 itu boleh datang daripada MCA,MIC atau BN Sabah atau juga GPS Sarawak.

No comments:

Post a Comment