Julungkali, slogan itu diberi makna yang tangible oleh Kerajaan GRS-BN yang diterajui Datuk Seri Hajiji Haji Noor, dan melancarkan Inisiatif Hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) pada 29 Mac, 2021.
Tempoh masa 33 tahun, bukan masa yang singkat, malah mereka yang dilahirkan semasa slogan itu dilancar telah dewasa kini. Dan sudah tentunya, mereka itu adalah sebahagian rakyat Sabah mungkin melihat slogan pada jata negeri itu, adalah misi kerajaan jangka panjang.
Terus terang, penulis sendiri, melihat slogan itu, hanya berpandukan pada rutinitas kerajaan off the day, seperti bajet tahunan, pertumbuhan ekonomi, pertambahan KDNK negeri serta kutipan hasil perolehan negeri.
Apabila slogan itu diberi makna, baru lah penulis dapat melihat, betapa dalamnya erti slogan tersebut, rupanya jauhari juga yang mengenal manikam.
Pada 29 Mac, 2022, apabila penulis mendengar ucapan Ketua Menteri Sabah semasa menyambut setahun genapnya SMJ yang bertajuk Retrospektif Aspirasi, yang mana ucapan itu begitu tersusun, bermutu dan berisi, penulis benar-benar menyadari, makna sebenar slogan pada Jata Negeri tersebut.
Keterangkuman merungkai makna SMJ, akan menjadi landasan kukuh bagi negeri lepas landas “take off, sesuai dengan pendapat Walter W. Rostow menerusi “Stages of Economic Growth” yang diterbitkan pada tahun 1960.
Mencapai misi tersebut, hanya satu yang diperlukan, KESTABILAN POLITIK. Jika syarat ini, terganggu, maka rakyat Sabah akan melopong lagi. Fikir-Fikirkan!!!.
No comments:
Post a Comment