SAMBUTAN ulang tahun pertama Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (2021-2025) disambut pada Selasa dengan pelaburan bernilai RM19.8 bilion lagi dimeterai antara agensi kerajaan negeri, Sabah Oil & Gas Development Sdn Bhd (SOGDC) yang menguruskan Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sabah (SOGIP) di Sipitang dengan pelbagai pelabur.
Facebook Ketua Menteri- Datuk Hajiji Haji Noor pada Rabu menyenaraikan 6 MoU/MoA (Memorandum persefahaman/memorandum perjanjian).
RM6 bilion- MoA antara SOGDC dan Petroventure Energy Sdn Bhd-membina loji penapisan dan penyimpanan petroleum;
RM2bilion- MoA antara SOGDC dan PMB Technology Bhd- membangun loji silikon logam;
RM2bilion- MoU antara SOGDC dan Sonoma Resources Co Ltd (SR) dan EMOG/Cakara Maritime Sdn Bhd- Membina loji hidrogen-ammonia;
RM4bilion- MoU antara SOGDC dan Shanxi Construction Investment Group (SCIG), Malaysian Palm Oil Board (MPOB), Institute of Coal Chemistry, Chinese Academy of Sciences (ICC-CAS)- membina loji diesel hijau;
RM5bilion- MoU antara SOGDC dan Sisma Energy Sdn Bhd bersama Globaltec Formation Bhd- Bagi projek loji pengegasan semula, penyimpanan dan terminal LNG berkapasiti 4 MPTA;
RM800 juta- MoU antara SOGDC dan ADSI Engineerig Sdn Bhd (ADSIE)- membangun loji janakuasa gas berkapasiti 200MW untuk SOGIP.
Harapan rakyat, hanya satu, semua MoA dan MoU itu terealisasi; dan seterusnya menjelang tahun 2025, kesan kepada rakyat sangat lah signifikan!!!.
No comments:
Post a Comment