Sunday, March 20, 2022

PARTI DOMINAN DI SABAH?

SEMAKIN jelas, bahawa setiap wilayah dalam Persekutuan Malaysia akan mempunyai parti dominan.

Di Sarawak parti dominan adalah Gabungan Parti-Parti Sarawak (GPS), di Semenanjung Barisan Nasional (BN) dan di Sabah?

Dalam senario politik Sabah mutakhir ini, tidak dapat dinafikan, tiga parti  bersaing menjadi parti dominan- GRS, BN dan Parti Warisan, diasaskan pada kekuatan masing-masing semasa PRN-16 Sabah.

Halangan pada parti-parti tersebut menjadi parti dominan, atas sebab kekuatan masing-masing sangat bergantung pada lokaliti dan latar belakang pemimpin. Atau dengan kata lain, kekuatan tidak menyeluruh.

Pola kekuatan masing-masing parti, adalah seimbang, sebab itu lah tiada pihak yang boleh memerintah secara bersendirian, melainkan mesti berlaku dua parti saling sokong menyokong, seperti mana keputusan PRN-16 Sabah.

Berlakunya kekuatan yang seimbang, kerana masing-masing mempunyai pemimpin yang mempunyai kekuatan yang hampir  sama.

Para pemimpin ini, suatu masa dahulu telah berkumpul dalam Umno atau Barisan Nasional, atas sebab itu, Umno dan BN menjadi parti dominan selama 24 tahun di Sabah. Apabila sebahagian pemimpin ini membawa haluan masing-masing, akhirnya, untuk sementara, tiadanya parti dominan di Sabah.

Hakikatnya semua parti ini, boleh sahaja menjadi parti dominan semula, apabila boleh bersatu semula atau bekerja kembali sebagai satu pasukan, dan tentunya, perlu ada pemimpin yang mempunyai keupayaan atau mempunyai kebolehan mengembeling semua pemimpin dalam parti-parti itu dalam sebuah gagasan. Selagi tidak berlakunya penyatuan atau gabungan antara-antara parti ini, selagi itu, sukar mendapatkan parti dominan seperti GPS di Sarawak dan BN di Semenanjung.

Dalam senario politik Sabah, apa kah akan berterusan berlaku perkongsian kuasa antara dua parti? seperti mana pada Kerajaan Sabah hari ini? Sama-sama kita nantikan.

No comments:

Post a Comment