ADA yang bertanya, apa yang Umno mahu lagi? Perdana Menteri di tangan, kuasa di tangan, menteri-menteri di tangan.
Mereka yang bertanya itu, pada hakikatnya tahu, bahawa Umno sangat tidak selesa berkongsi kuasa dengan musuh, walaupun perkongsian itu semata-mata untuk rakyat dan negara.
Mereka yang bertanya itu juga tahu, bahawa Umno memanfaatkan kebimbangan rakyat yang tidak terikat dengan mana-mana parti politik untuk keluar mengundi, kerana bimbang menjadi mangsa Covid-19.
Mereka yang bertanya itu juga tahu, bahawa Umno memaksimumkan peluang yang ada dikala kecelaruan parti-parti lawan.
Dalam strategi perang, pihak yang berhasrat menang, sudah tentu bertindak pada masa lawan lemah.
Dalam mendapatkan kuasa, jangan sebut soal keadilan, kerana dalam keadilan itu sendiri tidak akan muncul kekuasaan.
Mereka yang bertanya itu, tahu benar, bahawa Umno bukan sahaja tidak selesa akan tetapi canggung, walaupun sedang menerajui kerajaan, kerana dalam sejarah politik negara, tidak pernah berlaku, bahawa Perdana Menteri itu bukan Presiden parti.
Mereka yang bertanya itu, pura-pura tidak faham,bahawa dalam keadaan parti lawan lemah, pengundi pasif atau atas pagar takut keluar mengundi, Umno melancar projek menjadi parti dominan dan berkuasa di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri.
Mereka yang bertanya itu, pura-pura tidak faham, situasi dan kondisi politik tanah air seperti yang sedang berlaku, bukan selalunya muncul. Ada lah sangat merugikan bagi parti yang mempunyai peluang sedemikan mensia-siakannya.
No comments:
Post a Comment