Sunday, March 27, 2022

KERJAAN SABAH DIKENALI SEBAGAI KERAJAAN GRS-BN SABAH

SELEPAS Gabungan Rakyat Sabah (GRS) secara rasmi menjadi sebuah parti, BN yang tidak boleh menyertai parti itu kerana halangan perlembangan parti itu, maka kerajaan GRS Sabah dijelmakan menjadi KERAJAAN GRS-BN SABAH.

Ketua Menteri Sabah- Datuk Hajiji Haji Noor yang juga pengerusi penaja GRS, telah mengeluarkan pernyataan akhbar berhubung penjelamaan tersebut pada Ahad, 27 Mac, 2022.

GRS yang dilancarkan menjelang penamaan calon PRN-16 pada September, 2020, menjadi flaform parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan PBS dalam pilihan raya tersebut.

Pada PRN-16 Sabah, GRS menang 38 kerusi daripada 73 kerusi yang dipertandingkan. Menerusi kemenangan majoriti mudah tersebut, maka kerajaan GRS ditubuhkan.

Sebagai menyahut kehendak rakyat Sabah pada PRN-16,maka GRS didaftarkan sebagai sebuah parti, dan mendapat kelulusan daripada ROS pada 11 Mac.

Pada prinsipnya semua pemimpin parti yang mengadakan persefahaman (MOU) menerusi GRS, telah berstuju gabungan tersebut didaftarkan sebagai sebuah parti. Akan tetapi didapati salah sebuah daripada parti itu, iaitu Umno tidak boleh menjadi komponen parti, kerana halangan perlembagaan parti tersebut.

No comments:

Post a Comment