Saturday, March 26, 2022

KECENDERUNGAN PUNGUNDI CINA SABAH

PENGUNDI kaum cina adalah pengundi bijak. Jika sesebuah kawasan, jumlah pengundi kaum itu adalah majoriti, maka akan mengundi parti pilihan mereka. Manakala jika sesebuah kawasan jumlah mereka minoriti atau seperti melukut tepi gantang, maka akan mengundi parti yang mempunyai potensi untuk menang.

Ada dakwaan pemimpin akar umbi bumiputera, bahawa wakil rakyat yang beliau sokong, majoriti pengundi kaum cina di dun yang diwakili wakil rakyat tersebut telah mengundi wakil rakyat tersebut. Pengakuan demikian menunjukkan hipotesia penulis.

Hari ini, satu lagi pembuktian, apabila mantan ADUN DAP bagi DUN Sri Tanjong dan Elopura telah menyertai parti Warisan, parti pembangkang utama di DUN Sabah. Dun Sri Tanjong dan Elopura adalah kawasan majoriti kaum cina.

Menerusi penyertaan mantan ADUN DAP tersebut pada parti pembangkang lain, menjadi petunjuk, bahawa selain DAP, maka parti Warisan boleh menang di kawasan majoriti kaum cina.

Pada PRN-16 Sabah, seperti juga PRU-14, parti-parti yang terkait dengan Barisan Nasional atau gabungan selepas itu, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) gagal menang sebarang kerusi di kawasan majoriti kaum cina, malah di DUN Luyang, calon yang menentang calon DAP/Warisan semuanya hilang wang pertaruhan, malah bukan DUN Luyang sahaja calon-calon yang melawan calon DAP/Warisan menghadapi perkara sama akan tetapi juga termasuk DUN Likas.

Menurut pemerhatian penulis, hingga setakat ini, selain parti Warisan dan PH tiada parti boleh menang di kawasan majoriti kaum cina.

Memang kerajaan off the day Sabah yang diterajui GRS Plus, berusaha sangat untuk mendapat sokongan kaum cina, termasuk melantik ADUN lantikan daripada kaum itu, melantik wakil khas Ketua Menteri untuk kaum cina, dan melantik taikun-taikun kaum itu mengetahui badan-badan yang terkait perekonomian atau syarikat-syarikat atau agensi berkait kerajaan. Walaupun demikian, masih kelabu berkaitan sokongan kaum itu pada parti-parti yang sedang memerintah, di kawasan majoriti kaum itu.

Pun demikian, semoga pemerhatian penulis ini ditolak, semasa PRU-15 yang membabitkan parlimen. Akan diketahui, apa kah Parlimen Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau, salah satu daripadanya boleh dirampas daripada Pakatan Harapan samada oleh calon BN atau GRS. Jika berjaya, maka  pengundi kaum cina di kawasan majoriti kaum itu telah mengubah pendirian. Sama-sama kita nantikan.

No comments:

Post a Comment