BACA sejarah politik tanah air, mana-mana parti berasaskan melayu atau bumiputera yang pernah ditubuhkan di negara ini, tidak terlepas daripada kilang Umno.
Parti yang ditubuhkan itu hanya satu tujuan, mahu menumbangkan atau menggantikan Umno.
Parti-parti baru tersebut, sanggup bekerja sama dengan mana-mana parti pembangkang lain, dengan satu misi, menumbangkan kerajaan yang diterajui Umno.
Bermula daripada Pas, kemudian S46, KeAdilan (kini PKR), dengan berbagai-bagai pendekatan, tidak pernah berjaya menumbangkan kerajaan Persekutuan, walaupun berjaya di Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kedah. Akan tetapi, apabila tertubuhnya Bersatu (PPBM) menjelang PRU-14, tahun 2018, kerajaan yang ditunjangi Umno lebih 60 tahun, tumbang, termasuk negeri-negeri yang dianggap simpanan tetap, seperti Johor,Melaka dan Negeri Sembilan,bagaikan domino, pada PRU-14.
Pada PRN Melaka dan Johor, walaupun sebahagian besar yang keluar mengundi adalah ahli-ahli Umno, akan tetapi, akan tetapi, pencapaian calon-calon Bersatu, tidak lah mengecewakan, malah memberi saingan yang cukup sengit,hanya kerana belum mendapat undi yang mencukupi, kerana jumlah pengundi yang menunaikan hak mereka sangat terhad atau rendah peratusannya.
Cuba bayangkan, parti yang hanya berumur setahun jagung, boleh bersaing dengan hebat dengan parti yang wujud berdekad lamanya, yang disokong oleh jumlah keahlian yang ramai, jentera yang kuat dan tersusun.
Umno sedar, kemenangan pada dua PRN negeri, bukan lah jaminan pada PRU-15, kerana mood dan citarasa pengundi, adalah berbeza.
Ada lah biasa sebelum ini, kemenangan pada PRK, misalnya kesah Parlimen Teluk Intan dan DUN Ijok yang pernah dimenangi Umno pada PRK yang diadakan, akan tetapi semasa PRU, kawasan tersebut bukan sahaja gagal dipertahankan, akan tetapi, calon parti itu kalah dengan teruk sekali.
Menjelang PRU-15, kekangan pandemik Covid-19, bukan lah isu, kerana kehidupan harian hampir kembali pada keadaan normal, ertinya, para pengundi tidak ragu-ragu lagi untuk keluar mengundi, terutama pengundi pasif atau atas pagar.
Dalam mana-mana pilihan raya di negara ini, pengundi yang termasuk pengundi pasif atau atas pagar, majoritinya memberikan hak demokrasi mereka pada parti-parti yang bukan parti Barisan Nasional.
Melihat pola pengundian pada PRN Melaka dan Johor, Bersatu bersama parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN) bukan sahaja menjadi pesaing utama Umno dan BN,akan tetapi berkemungkian besar dapat mengulangi apa yang berlaku pada PRU-14.
Rakyat negara ini adalah pengamat yang baik, terutama pengundi pasif dan atas pagar. Tingkah laku para pemimpin Umno termasuk perwakilan yang mengambil bahagian dalam perbahasan sempena PAU2021 parti itu, menampakkan, sifat sombong, takabur dan angkuh, sifat lama sesetengah pemimpin parti itu telah muncul semula.
Bukan itu sahaja, menjadikan pemimpin mereka yang terpalit dengan salah laku moral, sebagai hero, malah lebih tinggi darajatnya berbanding Perdana Menteri, telah membuka mata rakyat, bahawa parti itu, mementingkan menghalalkan cara, tidak berani menolak yang salah dan memalukan, akan tetapi menukarnya sebagai norma baharu.
No comments:
Post a Comment