Wednesday, September 08, 2021

RAKYAT SIBUK PASAL IMUNITI KELOMPOK, PEMBANGKANG SIBUK USUL PERCAYA


MENGAPA Pembangkang dan pro mereka, tidak habis-habis soal usul percaya? Belum sampai sebulan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (SPBA), telah mengsahkan, melalui surat akuan dan majlis menghadap setiap ahli parlimen yang menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerana fakta-fakta tersebut maka baginda memperkenan Naib Presiden Umno tersebut dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9.

Apa kah, fakta-fakta yang dipersembahkan kepada Agong tersebut perlu dibuktikan?

Pembangkang, cuba membangkitkan persepsi rakyat, dengan hujah, bahawa penentuan sokongan terhadap Perdana Menteri atau kerajaan perlu dibuktikan menerusi undi di Parlimen, bukannya menerusi surat akuan (SD).

Menerusi hujah sebegini, mereka sebenarnya mempertikai kewibawaan SPBA, yang mendapati 114 ahli parlimen menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Memang betul pada 18 Ogos, melalui titah bertulis, SPBA menitahkan, mana-mana ahli parlimen yang dilantik sebagai Perdana Menteri, perlukan mengsahkannya menerusi undian di Parlimen. Akan tetapi, menerusi mekanisme yang dipilih SPBA semasa menzahirkan, ahli parlimen yang mendapat sokongan majoriti, pada hakikatnya, melebihi keadan pengundian di parlimen.

Memang tidak dapat dinafikan dalam tempoh kurang sebulan, ada ahli parlimen yang berubah fikiran, tetapi berasaskan keadaan semasa, yang mendapati semua ahli parlimen penyokong keraajaan mengutamakan PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN), terutama pengwujudan imuniti kelompok, agar aktiviti ekonomi boleh dirancakkan semula, tidak didapati sebarang isyarat atau ura-ura ada ahli parlimen yang mengubah pendirian.

Rakyat tidak sabar menunggu akhir Oktober, apabila negara beralih pada Fasa 4, PPN, dan masa itu juga, kemungkinan besar Covid-19 akan diistiharkan sebagai virus ENDEMIK. Kita semua kena hidup bersama dengan virus tersebut.

Tanda-tanda virus Covid-19 bertukar pada endemik telah dibuktikan di Sarawak, walaupun jangkitan mencanak naik, akan tetapi pada kategori 1 atau 2, manakala kadar kematian sangat rendah.

Hala tuju kerajaan adalah untuk menang, berlainan dengan pembangkang yang asyik2 dengan usul percaya.

No comments:

Post a Comment