PADA 4 Februari lalu, Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Hajiji Haji Noor telah mengumumkan peruntukan RM4.7juta untuk menyiapkan Jejantas (Sky Bridge) yang tergendala pembinaannya sejak April, 2018 walaupun 90 peratus telah siap.
Peruntukan tersebut diperlukan agar jejantas tersebut disiapkan, untuk kepentingan orang ramai.
Pada Jumaat lalu Jejantas tersebut dirasmikan oleh Ketua Menteri dan dibuka penggunaannya kepada orang ramai pada 9 September.
Walaupun kemudahan tersebut telah disiapkan, akan tetapi, mendapat kritikan daripada pengguna, kerana tidak terdapatnya laluan ke Pusat Beli Belah Centre Point.
Untuk makluman pengguna atau rakyat, kerajaan hanya menyediakan kemudahan orang awam, dan jika kemudahan seumpama itu gagal dimanfaatkan oleh pihak-pihak tertentu seperti pengurusan atau pemilik Pusat beli belah tersebut, maka ianya diluar tanggungjawab kerajaan.
Sepatutnya, di mana-mana sahaja di negara ini, apabila jejantas dibina apa tah lagi jejantaskan tersebut memudahkan orang awam masuk ke pusat beli belah, sangat disambut baik. Tetapi tidak bagi Sky Bridge Kota Kinabalu tersebut, kerana pengurusan/pemilik beli belah Centre Point, kononnya, jika pintu masuk dihubungkan dengan jejantas tersebut menghalang “fengshui” pusat tersebut.
Mungkin alasan tersebut, hanya satu alasan, kerana pengurusan pusat beli belah tersebut tidak mahu menanggung kos membina pintu masuk.
Kepada orang ramai atau pengguna, jangan letakkan isu pintu masuk tersebut pada kerajaan, kerana kerajaan hanya penyedia kepada kemudahan. Misalnya, kemudahan paip air, kerajaan menyediakan kemudahan bekalan air, tetapi tidak dapat memaksa pengguna memasang paip ke rumah. Terpulang kepada pengguna, apa kah mahu memanfaatkan kemudahan tersebut.
Berkaitan jejantas yang tidak mempunyai pintu masuk ke Centre Point, kononnya, tidak akan menghalang pengguna melintas jalan untuk ke pusat tersebut. Sebenarnya, semua itu, terpulang kepada pengguna, memilih keselamatan diri sendiri atau sebaliknya. Setidak-tidaknya kerajaan sudah menyediakan kemudahan yang boleh menghalang musibah, termasuk kemalangan jalan raya di kawasan tersebut.
Tujuan pembinaan jejantas tersebut, selain desakan daripada pengguna untuk satu jejantas yang boleh menghubungkan antara Asia City dan sekitarnya dengan pusat belah yang dibelah oleh jalan besar termasuk Centre Point, yang kerap mengundang kemalangan jiwa, kerana pengguna terpaksa melintas jalan raya yang sibuk tersebut.
Kerana desakan tersebut maka Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bersetuju sebuah jejantas dibina, seperti mana yang dirasmikan pada Jumaat lalu.
Sepatutnya semua pihak menyambut baik atas siapnya kemudahan tersebut, akan tetapi pihak pembangkang cuba mengelirukan rakyat di negeri ini yang membabitkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berikutan majlis perasmian kemudahan tersebut baru-baru ini.
Untuk makluman puak pembangkang latar belakang Projek yang bernilai RM31.5 juta itu dibiayai oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri melalui Perjanjian Dana Mudahcara antara Kerajaan Malaysia dan, Bank Pembangunan Malaysia dan Sunsea Development Sdn Bhd pada 9 Februari 2017.
Menerusi perjanjian itu, Kerajaan Malaysia berhak menamatkan Dana Mudahcara itu sekiranya pemaju projek didapati muflis.
Pembinaan jejantas pejalan kaki dan kerja menaiktaraf infrastruktur di sekitarnya bermula pada 1 April 2017 dan dijadualkan siap dalam tempoh enam bulan (30 September 2017) tetapi kemudian dilanjutkan pada 30 April 2018.
Sunsea Development Sdn Bhd telah digulungkan pada 18 April 2018.
Kontraktor bertugas iaitu Petrofiq Sdn Bhd telah menghentikan kerja walaupun 90 peratus kerja-sudah disiapkan, dengan alasan mereka tidak menerima pembayaran.
Projek Sky Bridge bernilai RM31.5 juta akhirnya siap dan akan dibuka kepada umum pada 9 September berikutan campur tangan oleh Kerajaan Negeri, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di bawah penyeliaan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Semasa pentadbiran Warisan, projek itu ditinggalkan setelah kerja-kerja dihentikan pada tahun 2018 berikutan pemajunya muflis.
No comments:
Post a Comment