SELEPAS negara kita mencapai imuniti kelompok, maka covid-19 menjadi virus endemik, seperti denggi. Ertinya, kita akan terus hidup bersama virus tersebut, tetapi pada masa sama kita masih dapat mengamalkan hidup sihat.
Seperti demam denggi, walaupun virus tersebut pembunuh, akan tetapi kita dapat mengawalnya dengan SOP yang ditetapkan. Demikian juga Covid-19, akan ada SOP yang ditetapkan yang perlu digunapakai oleh rakyat sepanjang masa.
Rakyat negara ini, mempunyai pengalaman luar biasa berhadapan dengan musuh pembunuh ini, sejak Mac, 2020, dan sehingga kini, rakyat masih lagi dicengkam, walaupun Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaaan (PICK) menuju kejayaan.
Setakat semalam, daripada 32,849,371 penduduk negara, seramai 1,765,016 dijangkiti, kematian 16,942 individu, dan sembuh 1,482,800 orang.
Mereka yang menjadi mangsa, tidak sedikit anak-anak Malaysia yang telah banyak menabur jasa kepada bangsa, agama dan tanah air.
Kerana pandemik, telah menyaksikan negara berganti dua Perdana Menteri, dan dua kerajaan.
Juga kerana pandemik, berlakunya krisis tiga serangkai-krisis kesihatan-krisis ekonomi dan krisis politik.
Mengingat pengalaman kita bersama mengharungi Corona Virus In Disember 2019 (Covid-19), sudah tentu kita sudah bersedia hidup bersama virus tersebut.
No comments:
Post a Comment