TIDAK betul, dakwaan 15 ahli parlimen Umno, jika Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan kabinet beliau meletakkan jawatan, maka jangkitan covid-19 akan berkurangan dengan drastik.
Telah 2 minggu, PM ke-8 tersebut meletakkan jawatan, belum ada tanda-tanda penurunan jangkitan, kerana jumlah jangkitan harian kekal 5 angka.
Sebenarnya, hanya penyokong 15 ahli parlimen itu sahaja yang percaya berkaitan dakwaan mereka, kerana hakikatnya tiada cara mengurangkan jangkitan, melainkan melalui vaksinasi. Semakin tinggi peratusan penduduk yang divaksin, maka akan semakin menurun jumlah pesakit, termasuk mereka yang dimasukkan ke hospital.
Kerajaan lalu, telah meletakkan asas dan strategi jalan keluar daripada krisis kesihatan dan impaknya, sesuai dengan bekalan vaksin yang diterima.
Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan sebaik sahaja bekalan vaksin tiba pada hujung Februari, 2021.
Sesuai dengan bekalan vaksin yang diterima, maka strategi awal ada memberi vaksin kepada semua barisan hadapan, kemudiannya mereka yang rentan, dan secara bertahap meliputi mereka yang berumur 18 tahun ke atas.
Kini, PICK semakin berjaya, malah, di beberapa negari, kadar kebolehjangkitan sudah berada di bawah 1, malah WP Labuan, sudah mencapai imuniti kelompok.
Jika jangkitan covid-19 menurun, bukan kerana TSMY dan kabinet beliau yang telah meletakkan jawatan, akan tetapi hasil daripada strategi yang diletakan oleh kerajaan Perikatan Nasional.
Sesuai dengan semangat merdeka, maka dengan sokongan semua rakyat, kita akan merayakan kemerdekaan daripada cengkaman covid-19 hanya mengira waktu, dan pada masa sama, berdoa agar PICK berjalan tanpa gangguan, supaya Pelan Pemulihan Negara (PPN) dapat disempurnakan dengan jayanya.
Hanya penulis terkilan, pemimpin yang sepatutnya diberi kredit merayakan kemerdekaan tersebut, dijatuhkan, melalui sistem demokrasi yang tidak mengenal belas kesihan.
Dia rampas kuasa daripada PH dulu todak zalimkah, tuan? Hujah tuan ini sebahagiannya dangkal. Mahiaddin letak jawatan tapi barisan menteri kabinetnya macam mana? Semua itu hampeh. Macam mana masalah nak diatasi jika itulah muka sial yang menerajui negara! Nama sahaja Islam dan Melayu tapi perangai teruk!
ReplyDelete