Tuesday, April 21, 2020

KERAJAAN PN DAN WARISAN-IBARAT LANGIT DAN BUMI

KALAU melihat cara terbentuknya dua kerajaan ini adalah serupa, dibentuk oleh para wakil rakyat. 

Perikatan Nasional dibentuk oleh para ahli parlimen, manakala Kerajaan Warisan dibentuk oleh para ADUN. 

Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ketua kepada PN berhujah “ Kerajaan ini bukan kerajaan yang rakyat undi, tetapi kerajaan ini ambil berat kebajikan seluruh rakyat”. Manakala Shafie pula yang mengetuai kerajaan Warisan “ Membantu rakyat sepatutnya jangan jadi budaya”. 

Kehadiran wabak Covid-19 seharusnya bukan untuk disyukuri, tetapi wajib diperangi, kerana membawa kemusnahan termasuk mengorbankan nyawa. 

Tetapi disisi baik kehadiran wabak ini, rakyat dapat menilai, pemimpin dan kerajaan mana yang betul-betul membela rakyat. 

Wabak Covid-19 tiada yang minta, ertinya tiada sesiapapun yang merancang kehadirannya. Demkian juga tiada yang menduga, virus itu membawa musibah atau malapetaka yang amat dahsyat. 

Menilai dahsyatnya virus ini, maka Kerajaan Persekutuan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac-31 Mac (Tahap I); 1 April-14 April (Tahap II) dan 15 April-28 April (Tahap III). 

Tiada yang menduga bahawa kerajaan akan melaksanakan PKP, walaupun di China, dilaksanakan secara ketat sekali di Wilayah Wuhan dan Hubei, punca virus tersebut. 

Malah, selepas kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKP, jiran kita Singapura, seolah-olah protes terhadap keputusan tersebut. 

Selain itu, ramai juga pihak pembangkang menolak tindakan tersebut, termasuk mencadangkan agar negara ikut cara negara-negara seperti di Eropah atau Amerika Syarikat, bukan melalui tindakan PKP. 

Tidak perlu lah memberi komen pada pendapat yang bercanggah dengan tindakan kerajaan PN, kerana semuanya terbukti silap, manakala tindakan kerajaan PN yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin yang hanya terbentuk pada 1Mac, 2020 adalah betul. 

Kerana kerajaan PN melaksanakan PKP, maka telah memperhitungkan impaknya terhadap rakyat dan perekonomian negara. 

Sebagai tindak balas terhadap PKP tersebut, Kerajaan Persekutuan mengumumkan Pakej Prihatin untuk berhadapan dengan COVID-19 yang berbentuk pendekatan fiskal dan pendekatan kewangan, termasuk lah huluran tunai hampir RM25bilion kepada rakyat yang memerlukan. 

Di Sabah pula, pakej seumpma itu diumumkan selepas Sarawak mengumumkan pakej serupa, tidak menunggu pengumuman kerajaan Persekutuan. 

Tersenyum lebar lah Shafie mengumumkan Pakej Bantuan Covid-19 Sabah pada 25 Mac sebesar RM670juta, yang mengandungi RM100juta huluran tunai, RM18juta dalam bentuk food bank, RM200juta untuk 1000 projek kecil semasa covid-19, selain bantuan kepada barisan hadapan dan perkhidmatan kesihatan dan diskaun utiliti juga bantuan kepada peniaga-peniaga kecil. 

Kerana pakej bantuan kepada rakyat sudah diketahui oleh semua, maka hanya menunggu pelaksanaannya. 

Pakej bantuan daripada Persekutuan berjalan lancar, namun daripada kerajaan negeri kelam kabut dan kucar kacir, malah timbul berbagai rungutan daripada rakyat, bahawa pakej bantuan daripada kerajaan negeri tidak kunjung sampai, kalau pun sampai, dalam kuantiti yang sangat kurang tidak menggambarkan jumlah bajet yang diumumkan, selain daripada itu perlaksanaanya bersifat selektif, bergantung kepada senarai yang disediakan kerajaan negeri.

Kerana rungutan yang menggunung tersebut, maka semalam ADUN Tambunan Datuk Dr Jeffery G Kitingan bertanya semasa persidangan undangan negeri, berkaitan pakej bantuan kerajaan negeri kepada rakyat Sabah dalam tempoh PKP. Jawapan Shafie sungguh memeranjatkan semua pihak, apabila Ketua Menteri Sabah piihan para wakil rakyat tersebut berhujah, Rakyat sewajarnya tidak bergantung kepada bantuan, dan kerajaan membantu rakyat sepatutnya tidak dijadikan budaya. 

Setidak-tidaknya kerana adanya PKP kerana wabak Covid-19, rakyat Sabah tahu sisi buruk Datuk Shafie Apdal, yang hebat berpidato, hebat berhujah, kononnya beliau akan membantu setiap rakyat Sabah tanpa kecuali, apabila berhadapan dengan wartawan atau rakyat; akan tetapi apabila tiba kepada pelaksanaan, maka rupanya semua hujah-hujah berdegar-degar tersebut hanya gimik dan penyedap mereka yang mendengar. Mungkin atas sebab, bantuan kerajaan hanya gimik, maka rakyat yang menunggu, sentiasa kecewa, bantuan tidak pernah kunjung datang. Di media sosial, kini, kerajaan Shafie sudah diberi TAG “PUTUNG”. 

Melihat dan menilai, keupayaan dan niat Kerajaan Warisan pimpinan Shafie, adalah sangat wajar, Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (JPPS) dirasmikan dengan segera di Sabah bagi berhadapan dengan PASCA PKP, sebagai upaya membela rakyat Sabah.

1 comment:

  1. Tun atau Anwar jadi Ketua Pembangkang. Nak berebut tikam belakang pun orang tak marah cuma tepok tangan saja. Tun bakal dipecat dari Bersatu

    Semalam bekas perdana menteri Najib@Bosssku dalam satu kenyataan kepada The Star berkata Tun akan menjadi bekas perdana menteri kedua yang duduk di bangku pembangkang.

    “Jadi, pihak yang menentang kerajaan tidak boleh duduk bersama dengan pihak kerajaaan.

    “Jadi, ia harus duduk di kalangan pembangkang bersama-sama dengan Pakatan Harapan (PH) tetapi bukan sebagai anggota Pakatan,” katanya.

    Sebelum ini Najib Razak menjadi bekas perdana menteri pertama yang berbuat demikian.

    Pada 24 Februari lalu, Bersatu menarik diri dari PH sementara Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri.

    Ini membawa kepada kejatuhan kerajaan persekutuan PH dan akhirnya Muhyiddin Yassin diangkat sebagai perdana menteri baru, dengan sokongan sebahagian besar anggota parlimen Bersatu dan semua wakil Umno, PAS dan Gabungan Parti Sarawak.

    Sekumpulan kecil anggota parlimen yang dipercayai masih setia kepada Mahathir akan bergabung dengannya dengan duduk di bangku pembangkang.

    Dari simber dipercayai Tun. akan dipecat dari Bersatu kerana melanggar displin parti Bersatu kerana mahu duduk di barisan pembangang 18. Mei nanti.

    Mengenai pemilihan ketua pembangkang, Mahathir berkata bahawa beliau tidak akan merebut jawatan itu...

    Hari ini dalam sejarah Tun tak rebut dan tangguh peralihan kuasa dan jawatan itu..kikiki

    hahhhh tepokkkkk makin panas popcorn kasi tambah.. tak sabar nak tunggu 18. Mei 2020 kali ini.

    ReplyDelete