Tuesday, April 21, 2020

AKAN BERLAKU REKOD BARU DI PARLIMEN MALAYSIA- WAKIL RAKYAT SEPARTI MEWAKILI 2 BLOK

PADA 18 Mei, apabila parlimen bersidang untuk sehari, parlimen Malaysia akan mencatit rekod baru, apabila ahli parlimen daripada parti yang sama mewakili dua blok, iaitu blok kerajaan dan blok pembangkang. Parti yang dimaksudkan adalah BERSATU. 

BERSATU mempunyai 36 ahli parlimen. Daripada jumlah tersebut, 30 MP bersama Presiden, manakala 6 bersama pengerusi. Presiden adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Perdana Menteri, manakala Pengerusi adalah Tun Dr Mahathir Perdana Menteri yang digantikan oleh Muhyiddin. 

Rakyat Malaysia tahu, berlakunya dua blok tersebut, kerana perbedaan pendirian antara blok yang menyokong Presiden dan Pengerusi. Presiden bersama-sama dengan Muafakat Nasional, Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak, sementara Pengerusi bertindak sebagai pembangkang secara bersendirian, bukan sebagai sebahagian daripada Pakatan Harapan. Pakatan Harapan adalah terdiri daripada 3 parti DAP-PKR dan Amanah. 

Sehingga kini, bilangan jumlah ahli parlimen antara yang menyokong kerajaan dan pembangkang masih samar, walaupun semasa YDP Agong melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 29 Februari, beliau dikatakan disokong oleh 114 ahli parlimen daripada 222 kerusi parlimen Dewan Rakyat. 

Sistem berpalimen Malaysia, mana-mana pihak yang mempunyai sokongan 112 boleh membentuk kerajaan. 

Setakat ini, belum ada ura-ura, bahawa jumlah ahli parlimen yang menyokong kerajaan Tan Sri Muhiyiddin bertambah, walaupun kerajaan yang beliau wakili secara umumnya mendapat sokongan majoriti rakyat, kerana kejayaan membendung wabak COVID-19 juga kerajaan yang beliau terajui dirasai oleh semua lapisan rakyat sebagai kerajaan yang prihatin kepada rakyat. 

Jika lah diadakan refendum esok, kerajaan PN akan mendapat undi sekurang-kurang 70% daripada rakyat Malaysia.

1 comment:

  1. TAK SABAU RASANYA KITE TUNGGU MEI 18 NANTI
    KITEW NAK TENGOK MUKA KELAT KENA GAME SENDIRI
    NAK DUDUK CELAH MANA PUN TAK RASE SENANG ATI
    HAAH TEPOK TAMBAH POPCORN PADAN MUKO MAMAK INI


    ATAP SINDRI BOCOR KATA ORANG YANG TEBUK
    MUKA KENA TEBUK PASAL GAME ATOK SENDIRI
    KITA TENGOK JER 18 MEI CAMNER MUKA ATOK
    KE MANA HALA ATOK NNTI ATAU TRUS AMIK M.C



    KIKIKIKI..

    ReplyDelete