Saturday, March 30, 2019

SEMBANG SEMASA DENGAN DATUK AYUB AMAN

SATU kebetulan, dapat duduk semeja pada acara kenduri sempena menyambut Hari Kelahiran Tan Sri Musa Aman di Bukit Luyang, Kota Kinabalu. pada malam Jumaat. 

Penulis tidak pernah berjumpa dengan mantan pemimpin berjaya dan PRS ini, walaupun penulis tahu bahawa beliau adalah abang kepada Tan Sri Musa.

Sambil menikamti makan malam, pemimpin veteran berusia 77 tahun itu, menceritakan sedikit pengalaman beliau di era awal kemerdekaan, dan seterusnya semasa era Parti Berjaya memerintah Sabah.

Beliau juga menceritakan bagai mana beliau berjalan kaki-kaki berbatu-batu pada tahun 1960, kerana menjadi petugas census penduduk Sabah. Menurut beliau, pada tahun 1960 jumlah penduduk Sabah hanya 400ribu lebih, dan majoritinya adalah bukan islam.

Beliau juga maklmum Sabah kini mempunyai 3.9juta penduduk, dan keadaan demokrasi Sabah berubah begitu pantas sekali.

Apabila penulis bertanya perihal politik Sabah, beliau mengakui kecaluran politik Sabah kerana faktor luaran yang bersifat pecah dan perintah. 

Di awal kemerdekaan, Tun Mustapha dan Tun Fuad bersengketa kerana faktor luaran, demikian juga Tan Sri Harris Salleh dan Tan Sri Pairin. Dan terbaharu antara Tan Sri Musa Aman dan Datuk Shafie Apdal.

Berasaskan sejarah politik Sabah, setiap pemimpin negeri yang kelihatan kuat, maka akan bersengketa, supaya kepimpinan negeri tidak kuat.

Menurut beliau, Musa tak pernah berangan jadi Ketua Menteri. Dia bukan orang politik. Tetapi nasib menyebelahinya.

Datuk Ayub yang pernah menjadi menteri pada zaman Berjaya memerintah Sabah menceritakan bahawa semasa beliau bertanding sebagai calon Berjaya pada tahun 1976, Musa yang tolong tampal posternya. Ramai orang Cina di Keningau masih ingat, "Itu adik Datuk yang tampal poster ke jadi CM sekarang?"

Di antara tiga beradik, Musa yang paling berjimat cermat. Sebab itu dia berjaya dalam bisnes. Musa tak pernah rancang jadi ahli politik. Ketika itu Tun Mustapha tanya orang Cina siapa yang boleh bantu USNO. Ketika itu ada rakan Cina Tun Mustapha mencadangkan nama Musa.

Musa minta nasihat abangnya, Ayub apabila Tun Mustapha panggilnya. Ayub kata pergilah. Tun Mustapha minta Musa bantu USNO dan beliau dilantik Bendahari USNO. Apabila UMNO masuk ke Sabah pada tahun 1991, Musa turut menyertai UMNO. Kerajaan sulung BN pada tahun 1994 setelah kerajaan PBS tumbang, Tun Sakaran Dandai menawarkan Musa jadi pembantu menteri. Beliau minta pandangan Ayub lagi. Ayub kata tolaklah kerana pembantu menteri tiada kuasa. Maka jawatan itu ditawarkan kepada kawan baiknya, Datuk Surady Kayong.

Ramai orang dalam UMNO yang dengkikan Musa, tetapi atas arahan Dr. Mahathir, Musa dilantik menjadi Pengarah Yayasan Sabah selepas itu. Apabila Datuk Chong Kah Kiat jadi Ketua Menteri, Musa dilantik Menteri Kewangan.Selepas giliran Chong berakhir sebagai Ketua Menteri, Musa dilantik Ketua menteri Sabah yang baru. Beliau adalah Ketua Menteri UMNO yang keempat selepas Tun Sakaran Dandai, Datuk Salleh Tun Said dan Datuk Osu Sukam.

Nasib Musa amat cerah. Pak Lah yang menjadi PM menghapuskan penggiliran Ketua Menteri. Maka kekallah beliau sebagai Ketua Menteri Sabah sehinggalah pada 10 Mei,2018. Beliau kehilangan jawatan itu atas sebab permainan politik, selain kejatuhan kerajaan Bn di negara ini.

No comments:

Post a Comment