Monday, January 07, 2019

POLITIK SABAH: SATU KEBANGKITAN

Jika mengimbas kembali sejarah politik Sabah, dan dihubungkan dengan politik hari ini, tiada parti yang pernah diberi mandat oleh rakyat, melainkan parti itu diketuai oleh pemimpin yang ada karisma, ada ketokohan, ada karakter sebagai pemimpin.

Hakikat perlu diterima bahawa Parti Warisan Sabah (PWS) walaupun tidak sampai 2 tahun kewujudannya, mampu bersaing dengan Umno, kerana parti itu dipimpin oleh pimpinan yang ada ketokohan. Demikian juga Pakatan Harapan, walaupun hanya dipimpin Tun Dr Mahathir setahun lebih sedikit, namun mampu menumbangkan Barisan Nasional.

Tun Dr Mahathir, mempunyai rekod pernah kalah dalam pilihan raya, mempunyai rekod kalah dalam pemilihan parti, pemilihan G7, di bahagian yang beliau pimpin lebih 22 tahun. Namun, kerana ketokohan beliau, maka bangkit semula sehingga dilantik semula sebagai Perdana Menteri.

Di Sabah, buat masa ini, kalau menurut penulis, masih ada pemimpin yang mempunyai ketokohan, yang boleh membawa kebangkitan, namun sayangnya pemimpin itu bertindak "low profile" selepas PRU-14.

Sayang sekali, dalam senario politik hari ini, tokoh-tokoh sedemikian masih bertindak "low profile", selain itu, ada kumpulan pemimpin tidak nampak, bahawa mereka itu, boleh membawa kebangkitan.

Kebangkitan sesebuah parti politik, perlu digerakan, menerusi tindakan, bukan sekadar, sibuk bergambar, sibuk mengeluarkan kenyataan, tetapi gerakan di akar umbi selain tindakan-tindakan yang yang berasaskan kepada aspirasi rakyat.

Kebangkitan, boleh dilihat bagai mana seseorang tokoh menggerakan massa, di peringkat akar umbi.

Penulis, tidak bermaksud menyebut nama tokoh-tokoh itu, kerana rakyat negeri ini, sudah boleh meneka siapa mereka itu. Penulis tertunggu-tunggu, akan bila kah mereka bergerak semula, bagi menyahut, aspirasi rakyat.

Penulis mengharapkan, tokoh-tokoh yang dimaksudkan, selepas "bermusafir' akan membuat keputusan, bagi mengetuai kebangkitan. Sama-sama kita tunggu.

No comments:

Post a Comment