Thursday, November 01, 2018

UMNO TIDAK PERLU GELABAH

Parti UMNO tidak perlu gelabah, hanya kerana kehilangan kuasa pada PRU-14. Seharusnya parti itu melihat semula, mengapa rakyat menolaknya. 

Bertindak gelabah khususnya yang dilakukan oleh 7 MP parti itu, menunjukkan bahawa pemimpin hanya berpaut pada kuasa bukannya pada perjuangan.

Jika khabar angin yang ditiupkan bahawa sekurang-kurangnya 40 MP bakal ditelan parti kecil PPBM menjadi kenyataan, ianya benar-benar menggambarkan bahawa pemimpin atau wakil rakyat Umno tiada perjuangan apatah lagi jati diri.

Mereka itu perlu sedar meskipun jumlahnya besar, akan tetapi status mereka hanya sebagai penumpang, seperti melukut di tepi gantang.

Seperti kata Dato Mukhriz Mahathir, walaupun PPBM hanya ada 13+1 MP akan tetapi sebahagian daripada Kerajaan PH, malah parti yang dilihat mempunyai kuasa, kerana selain jawatan Perdana Menteri daripada parti itu, akan tetapi beberapa negeri seperti Johor, Perak dan Kedah, menteri besarnya daripada parti itu.

MB itu menambah, beliau tidak perlu perlindungan wakil rakyat Umno, kerana walaupun PPBM hanya mempunyai 5 ADUN di Kedah, beliau tetap dipilih sebagai MB.

UMNO kena mengambil iktibar kepada proses pembesaran manusia, daripada bayi hinggalah ke dewasa memerlukan masa. Tiada jalan mudah ke arah itu. Jika jalan mudah ditempuh, maka malapetaka menunggu.

Umno kena bermula daripada sifar, lupakan 70 tahun lalu, anggaplah ianya satu pengalaman berharga. Umno kena membuka langkah baru, sesuai dengan peredaran zaman. Parti tetap kekal, seperti mana motto, Dahulu, Kini, Selamannya, akan tetapi langkah dan pendekatan yang diperbaharui, dijenamakan, sesuai dengan aspirasi rakyat masa kini.

Jika hampir 60 tahun berkuasa, tak kan lah tanpa kuasa 5-10 tahun tidak mampu diharungi? Dato Seri Anwar Ibrahim kehilangan kuasa daripada tahun 1998 sehingga kini, namun beliau tetap dengan perjuangannya. Apa kah para pemimpin Umno tiada jiwa seperti itu?

No comments:

Post a Comment