Thursday, November 01, 2018

SEJAUH MANA NILAI PERLEMBAGAAN NEGERI SABAH?

Berpunca daripada melepaskan Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah, kemudiannya tiada tindakan lanjut (No further action) terhadap kes rasuah yang melibatkan pemimpin Pakatan Harapan dan Warisan, maka timbul lah keraguan rakyat terhadap Rule Of Law yang digunapakai oleh Tun Dr Mahathir.

Bagi setengah rakyat Sabah, keputusan berkaitan dua Ketua Menteri Sabah yang bakal diputuskan oleh Justice Datuk Yew Jen Kie pada 7 November, 2018 (7-11) adalah satu keputusan yang amat ditunggu-tunggu, kerana keputusan itu menunjukkan nilai sebenar Perlembagaan Negeri.

Daripada pandangan umum, kemudiannya dikaitkan dengan hujah-hujah peguam plaintiff semasa sesi oral submissions pada 25 Oktober, 2018, Justice Yew tiada pilihan lain melainkan meneggakkan Perlembagaan Negeri.

Namun, keraguan daripada kelayak ramai, bahawa keputusan berkaitan kebenaran bakal dinafikan kerana pengaruh tangan-tangan gahib. 

Penulis suka memetik pendapat mantan Ketua Hakim Persekutuan- Tun Abdul Hamid Mohamad, berhubungan kenyataan Datuk Shafie Apdal, bahawa perlantikan beliau ke jawatan Ketua Menteri memenuhi Perlembagaan Negeri. Menurut mantan CJ itu, sepatutnya, CJ sekarang tidak memberi nasihat apa-apa kepada DSSA, atas sebab kes kemelut dua Ketua Menteri Sabah akan berakhir di depan beliau.

Kalau dilihat kedudukan dua Ketua Menteri Sabah, dua perlantikan itu sama-sama disaksikan oleh CJ sekarang. Seharusnya beliau berkecuali, dan berkiblat kepada Perlembagaan Negeri.

Penulis yakin, CJ merupakan YAA dalam segi undang-undang, dan tegas terhadap Rule Of Law. 

Selain itu, penulis juga amat yakin, hakim dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam kes saman TSMA vs TYT Sabah & DSSA, dapat memisahkan "sokongan peribadi" dan "undang-undang". Jika itu berlaku, maka rakyat Sabah akan menyaksikan bahawa Perlembagaan Negeri Sabah amat tinggi nilainya.

Hanya 6 hari lagi, keputusan berkaitan sejauh mana nilai Perlembagaan Negeri Sabah.

1 comment: