Thursday, October 25, 2018

KEMELUT KETUA MENTERI SABAH: HARI INI BAKAL DIKETAHUI

Lebih 5 bulan selepas PRU-14. Rumah siap pahat berbunyi. Sebabnya kerana rampasan kuasa aman pada 12 Mei, 2018.

Walaupun berlakunya rampasan kuasa, namun pematuhan Perlembagaan Negeri mesti dihormati. Atas asas itu lah Tan Sri Musa menyaman TYT Sabah dan Datuk Shafie Apdal pada 6 Jun, 2018, yang mana asal saman pada 17 Mei.

Saman 17 Mei, Writ Of Summnon (WS), manakala 6 Jun, Originating Summons (OS).

Hari ini, di Kompleks Baharu Mahkamah Kota Kinabalu, akan di dengar hujah lisan antara peguam penyaman dan peguam pembela.

Hakim Mahkamah Tinggi- Datuk Yew Jen Kie menjadi perhatian bermula pada pukul 2.30 petang ini, apa kah akan membuat keputusan pada hari ini? atau menangguhkan ke hari lain?

Menerusi saman OS, tidak memerlukan kehadiran penyaman atau yang kena saman, kerana ianya hanya melibatkan hujah bertulis antara dua belah pihak.

Di kawasan Mahkamah seawal pagi, FRU telah ditempatkan bagi mengelak kemungkinan yang tidak diingini.

Sama-sama kita berharap dan berdoa, Yang Benar Tetap Benar!!!!

2 comments:

  1. Mati kita berdoa, Allah sentiasa merahmati negeri Sabah walau apapun yang terjadi.

    ReplyDelete
  2. kita ikuti perkembangannya dari masa ke semasa.

    ReplyDelete