Thursday, October 25, 2018

HANYA KERANA BERPROFILE TINGGI-KEPUTUSAN DITANGGUH

Bagi penulis, di mata undang-undang tiada istilah kes berprofile tinggi atau kes orang biasa, kebenaran tetap ditegakkan. Ada istilah "JUSTICE DELAYED IS JUSTICE DENIED". Kalau ikutkan kenyataan Hakim pada hari ini, beliau boleh sahaja membuat keputusan selepas mendengar hujah-hujah lisan daripada pihak penyaman (plaintiff) dan yang kena saman (dependen), namun beliau menganggap kes ini berprofile tinggi, maka keputusan ditangguhkan pada 7 November, 2018.

Saman Tan Sri Musa Aman terhadap TYT Sabah dan Datuk Shafie Apdal adalah berkaitan kedudukan Ketua Menteri Sabah yang mengangkat sumpah sesuai dengan Perlembagaan Negeri, kerana mempunyai majoriti mudah selepas PRU-14.

Sebenarnya kes ini adalah kes yang amat sederhana, kerana Hakim perlu melihat rentetan kejadian selepas keputusan PRU-14 diumumkan sehinggalah acara angkat sumpah Tan Sri Musa.

Jelas sekali, parti yang menggunakan logo rasmi masing-masing pada PRU tersebut, Bn mendapat 29 kerusi, PWS-21, DAP-6, PKR-2 dan STAR-2.

Melihat kepada angka, memang Bn yang menang, namun keperluan perlembagaan, perlu suara majoriti mudah daripada 60 kerusi Dun, maka Bn berkerjasama dengan STAR untuk menjadikan jumlah kerusi 31 daripada 60. Dengan kerjasama itu, sehinggalah majlis angkat sumpah pada pukul 11.15 malam, 10 Mei, Musa disokong 31 ADUN.

Selepas Musa angkat sumpah, maka tidak timbul lagi angkat sumpah ke-2 Ketua Menteri, meskipun ada ADUN yang membelot. Musa yang mempunyai locus standi akan membuat keputusan- samada membubarkan DUN untuk membolehkan pilihan raya, atau mengadakan sidang Dun, untuk mengennal pasti, apa kah betul beliau kehilangan sokongan.

Hujah bahawa persidangan Dun sudah dilaksanakan dalam tempoh 90 hari selepas PRU-14, adalah sidang Dun yang tiada locus standi, kerana yang menjalankan sidang Dun itu, adalah Ketua Menteri yang tiada locus standi.

Apa pun, ke dua belah pihak sudah berhujah secara lisan, masing-masing sudah menyerahkan affidavits bertulis, Kata Ketua Hakim Negara- Hakim perlu membuat keputusan, berasaskan Kebenaran, dan anggaplah setiap penghakiman, adalah penghakiman terakhir sebagai hakim.

Kita tunggu 7 November, semoga istilah "JUSTICE DELAYED IS JUSTICE DENIED" tidak berlaku!!!

No comments:

Post a Comment