Apakah mesyuarat bulanan Majlis Tertinggi parti yang berlangsung esok (jumaat) akan menentukan kedudukan Tan Sri Muhiyiddin Yassin dalam parti?
Pada Sabtu yang lalu, mantan Timbalan Perdana Menteri itu menyatakan bahawa beliau bersedia dipecat daripada parti atau Timbalan Presiden, jika memang beliau melakukan salah laku.
Mantan Timbalan Perdana itu, kerap bercakap mahu memperkuat parti, untuk tujuan itu, maka Presiden parti perlu meletakan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti, agar supaya parti mempertahankan kekuatan.
Menurut Muhiyiddin, parti menjadi lemah dan kemungkinan besar akan ditolak rakyat, kerana skandal yang menyelebungi DS Najib. Masalah yang ada menurut Timbalan Presiden Umno bukannya terletak kepada faktor parti, akan tetapi terletak kepada sosok tubuh DS Najib Razak.
Muhiyiddin telah menerima bulat-bulat alasan yang kerap dikumandangkan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, bahawa masalah yang didepani parti Umno, bukan penolakan rakyat terhadap parti itu, akan tetapi rakyat terpaksa menolak hanya kerana DS Najib Razak sebagai Presiden, dan atas keududukan itu, maka dilantik sebagai Perdana Menteri.
Hipotesa mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir- Jika DS Najib Razak TIDAK letak jawatan sebagai Presiden Parti dan Perdana Menteri, maka Umno/Bn akan kalah pada PRU-14. Faktor yang mendokong hipotesa itu adalah isu 1MDB dan wang derma RM2.6bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.
Para pengeritik DS Najib, langsung tidak percaya ke atas tindakan Peguam Negara membersihkan nama Perdana Menteri berkaitan wang derma RM2.6bilion dan wang SRC International yang berjumlah RM42juta.
Menurut mereka, Tan Sri Apanadi Ali terpaksa bertindak demikian, kerana terhutang budi kepada Perdana Menteri, kerana melantik beliau sebagai Peguam Negara.
Sejak dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri julai lalu, Tan Sri Muhiyiddin Yassin, mengulang-ulang berkaitan isu 1MDB dan wang derma RM2.6bilion. Malah mantan Timbalan Perdana Menteri mempersoalkan, mengapa DS Najib tidak menyaman The Wall Street Journal yang membuat laporan berkaitan wang derma tersebut. (AYT adalah menulis, mengapa DS Najib Razak tidak menyaman WSJ disini).
Kedudukan Muhiyiddin dalam parti, semakin tidak selamat berikutan telah ramai anggota Majlis Tertinggi parti bersuara menentang Timbalan Presiden parti itu. Menurut mereka, mantan TPM itu telah melepaskan peluang bertaut kembali yang diberikan Presiden parti semasa PAU parti pada Disember lalu.
Ramai yang melihat mengekalkan Muhyiddin pada kedudukan Timbalan Presiden parti, lebih banyak membawa rebah daripada mendapat sokongan. Atas dasar itu, maka dicadangkan agar beliau sekurang-kurangnya digantung keahliannya daripada parti. Dengan demikian, maka rakyat atau ahli tidak terkeliru atas tindak tanduk beliau.
Jika Tan Sri Muhyiddin dikenakan apa-apa tindakan oleh Najib dan kuncu-kuncunya, ini membuktikan bahawa Najib dan kuncu-kuncunya dah fikir yang mereka tiada harapan lagi dalam pilihanraya akan datang, mereka akan lingkupkan selagi ada masa.
ReplyDeletePada bulan Mac 2016 nanti, mesyuarat peringkat cawangan akan berlangsung, ahli-ahli UMNO peringkat cawangan, nilailah dengan mata hati apa yang berlaku sekarang ini, parti dirosakkan, parti dijadikan harta peribadi Najib dan kuncu-kuncu, harta parti dijadikan harta peribadi Najib dan kuncu-kuncu.
Maka ahli-ahli UMNO perlu sedar, apakah rela membiarkan parti dipelingkupkan oleh Najib dan kuncu-kuncu atau nak menyelamatkan parti dari hancur dikerjakan oleh Najib dan kuncu-kuncu itu.
Jika Timbalan Presiden UMNO yang sebelum-sebelum ini mereka tidak dipecat dari parti tanpa sebab yang munasabah, macam Musa Hitam dia tidak dipecat dari parti, tapi dia yang tak tentu hala letak jawatan.
Tun Ghafar (Allahyarham), beliau tidak dipecat dari parti, tetapi beliau mengundurkan diri selepas Anwar Ibrahim berpakat dengan ketua-ketua Bahagian untuk menyingkirkan Tun Ghafar.
Anwar pula, dia dipecat dari jawatan kerajaan dan dari parti kerana dia terlibat dengan kegiatan jenayah rasuah dan kelakuan tak senonoh.
Tapi Tan Sri Muhyiddin dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri hanya kerana bertanya pasal RM 2.6 bilion serta mahu mendapatkan kebenaran pasal isu 1MDB.
Sekarang Tan Sri Muhyiddin diancam lagi dengan ugutan untuk dipecat dari parti atau sekurang-kurangnya digantung jawatan dalam parti oleh Najib dan kuncu-kuncunya, sebabnya hanya kerana beliau nak pertahankan parti, beliau nak Najib sebagai Presiden parti memberikan penjelasan mengenai masalah 1MDB, dan isu RM 2.6 bilion yang kononnya derma untuk parti, tetapi tidak pernah diberikan pun wang itu oleh Najib kepada akaun UMNO dan Najib pula menyatakan bahawa dia dah pulangkan sebahagian besar wang derma itu iaitu RM 2.03 bilion kepada penderma itu semula, maka Najib perlu jelaskan pasal apa dia pulangkan balik wang itu? Pasal apa pemulangan wang itu tidak dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat parti? Pasal apa ahli-ahli UMNO diketepikan begitu sahaja dalam keputusan Najib 'pulangkan' wang itu kepada penderma?
Perlu diingat bahawa harta parti adalah harta seluruh ahli UMNO, bukannya harta peribadi Najib sahaja. Tindakan Najib menggunakan sebanyak RM 570 juta daripada RM 2.6 bilion itu tanpa diketahui ke manakah dibelanjakan wang itu sebab tiada senarai perbelanjaan dan tiada resit pun adalah perbuatan menggelapkan wang parti. Malahan tindakan Najib 'memulangkan' baki wang RM 2.03 bilion itu tanpa pengetahuan dan tanpa mendapat persetujuan ahli-ahli UMNO adalah tindakan khianat terhadap ahli dan parti.
Maka sepatutnya bukan Tan Sri Muhyiddin yang perlu dikenakan tindakan disiplin, tetapi Najib yang patut diheret ke Lembaga Disiplin Parti dan dibuang dari parti atas pengkhianatannya itu, malahan tindakan pecah amanah oleh Najib itu perlu dilaporkan oleh parti kepada pihak polis supaya Najib diheret ke muka pengadilan kerana pecah amanah wang parti.
Ada kuncu Najib kata kena hormat dan sokong institusi Presiden, Presiden mesti disokong jika Presiden menghormati dan menjunjung institusi parti, tetapi presiden yang khianat seperti Najib ini tidak layak disokong, tapi perlu dikenakan tindakan tegas, sebab khianat terhadap parti.
Sehubungan dengan itu, ahli-ahli UMNO sekalian, bertindaklah segera untuk pertahankan parti, malahan bertindaklah segera untuk mempertahankan hak ahli terhadap parti.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
1.kenapa najib tangguh2kan PAU?
ReplyDelete2.kenapa najib tangguh2kan audit repot 1mdb?
3.knp najib tk saman Tun Mahathir?
4.knp najib tk saman WSJ
5.knp najib tk saman TSMY,Mukhriz,Shafie Afdal Dan yg lain2.
6.knp sekat akses blogger Din Turtle?
7.knp tk guna habis duit baki derma kononnya dari Pak Arab walhal najib ckp itu duit utk Parti.
Sekian, terima kasih.
TSMY x perlu tunggu dipecat atau digantung ahli. Beliau sepatutnya undur diri sebab x sehaluan dengan presiden dan majoriti ahli majlis tertinggi. Dia juga dilihat tidak membantu mengukuhkan parti, malah sebaliknya. Dalam berpasukan keadaan seperti ini tidak bagus.
ReplyDeleteMerujuk kepada saranan Anuar Musa untuk meletakkan Tun above the law dan membiarkan dia bercakap dan mengkritik sesuka hati adalah tidak wajar kerana apa yg dilakukannya sejak lebih setahun yg lalu nyata memang memudaratkan terhadap kerajaan, ekonomi dan reputasi negara. Walhal apa yg dikata adalah palsu dan fitnah konspirasi beliau dengan kuncu2nya. Saranan itu juga kalau dilaksanakan akan menjadi ikutan terhadap orang2 lain juga dan ini x baik untuk negara. Wallahuaalam...
Kalau dia tau malu....
DeleteKalau x,mcm mana...
Hampehhhhhh...
Buang sahaja mereka yang dah tak sehaluan dengan pendirian Parti dan Presiden. Kerosakan telah berlaku samada secara langsung atau tidak langsung tetapi adalah lebih baik dipecat mereka yang sudah tidak sehaluan agar tidak bertambah teruk kerosakan. Ini juga cara untuk memberi peluang pada orang baru yang muda untuk menaiki hieraki jawatan tertinggi UMNO. Nak bising pun ada le dalam sebulan dua lepas tu akan kembali normal. Itulah cara UMNO selama ini termasuk pada zaman Presidennya bernama DS Dr.Mahathir. UMNO terus kekal berkuasa sehingga hari ini kerana cabaran dan segala kesulitan yang berlaku menjadikan UMNO bertambah matang.
ReplyDeletebuang saje...dgn itu ruang akan ada untuk bakat-bakat baru yang lebih berbakat dan lebih menghargai parti..
ReplyDeleteInilah cara nak meremajakan parti. Buang yg dah busuk ambil yg baru yg lebih bertenaga, creatif dan proaktif. Ini selaras dengan kehendak Tun _ meremajakan parti.
ReplyDeleteTakcaya lagi dah dgn geng protun..habukpun tarak.
ReplyDeletesebagai ahli Umno yang setia pada parti ,kita doakan pada Yang Esa ,moga dibukakan hati pada "yang -yang berkenaan" agar kembali pada asas sebagai ahli Umno atau doakan agar terbuka hatinya tuk resign saja.serah pada Allah untuk segalanya.
ReplyDeleteNajib boleh ugut itu dan ini, kuncu-kuncu Najib boleh jadi barua belaan Najib untuk jalankan kerja-kerja kotor Najib yang menindas ahli-ahli dan pemimpin parti yang tak sehaluan dengannya.
ReplyDeleteTapi perlu diingat bahawa tanggungjawab ahli-ahli parti adalah untuk mempertahankan parti, bukannya untuk pertahankan Najib yang menyamun harta negara.
Jangan takut kepada Najib, sebab Najib bukannya tuhan yang boleh memasukkan kita ke dalam neraka jika kita kritik dan tidak sokong dia, Najib hanyalah manusia biasa, Najib adalah manusia tamak yang tak sedar diri.
Ahli-ahli UMNO akar umbi dalam mesyuarat cawangan perlu mengambil keputusan untuk mendesak parti supaya menyingkirkan Najib dan kuncu-kuncunya dari parti, lagi lama Najib dan kuncu-kuncunya pegang kuasa, maka makin hancur parti, makin hancur negara ini, kesannya kepada rakyat juga, termasuk ahli-ahli UMNO sendiri yang terkesan dengan perbuatan buruk Najib itu.
Laksanakan tanggungjawab untuk selamatkan parti, selamatkan negara, itu tanggungjawab kita sebagai ahli parti dan sebagai rakyat.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
laksanakan tanggungjawab untuk selamatkan parti,selamatkan negara, itu tanggungjawab kita sebagai ahli parti...betul...tertakluk juga pada tun m dan midin dan shapie kerana mereka tu juga ahli parti bukan Najib saja.Midin dan shapie lagi punya lebih besar tanggungjawab kerana keduanya ada jawatan besar dalam parti...sama-sama kuatkan parti,bukan tlg kucar-kacirkan parti.
ReplyDeleteAnon 24 February 2016 at 14:43, kau ni baru lepas minum ketum ke? Sebab itulah Tan Sri Muhyiddin, Tun Mahathir, Datuk Seri Mukhriz, Datuk Shafie Apdal berterusan berjuang untuk mempertahankan parti dari dirosakkan oleh Najib, sampaikan mereka ditindas, diugut dengan pelbagai ancaman.
ReplyDeleteIngat ahli-ahli UMNO sekalian, Najib bukannya tuhan yang boleh memasukkan kita ke neraka jika ahli-ahli UMNO menentang perilaku buruk Najib itu.
Ahli-ahli UMNO ada hak dan tanggungjawab terhadap parti, hak ahli UMNO terhadap parti adalah hak terhadap harta parti, harta parti hendaklah digunakan untuk kepentingan ahli, bukannya dijadikan harta Presiden untuk dipelingkupkan sesuka hati.
Manakala tanggungjawab ahli UMNO adalah untuk pertahankan parti dari ancaman, Najib merupakan ancaman kepada parti, Najib perlu ditentang habis-habisan, Najib mengkhianat parti, menjadikan harta parti sebagai harta persendiriannya, itu adalah perbualan yang sangat melampau dan menceroboh hak ahli-ahli.
Jangan biarkan Najib dan kuncu-kuncunya berterusan memijak ahli-ahli parti, ahli-ahli parti ada hak, gunakan hak yang ada untuk pertahankan parti dan pertahankan hak ahli di dalam parti, Najib dan kuncu-kuncu akan kalah jika ahli-ahli bersatu untuk mempertahankan parti.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
PM RM2.6 Billion dan Kuncu Kuncunya mesti diajar cukop2!!!
ReplyDeleteKapada Anon 11:23....
ReplyDeleteAHbok tarak tak per RM2.6 Billion masih banyak lagi makan beratus keturunan tak habis!!!
Anonymous Anonymous said...
ReplyDelete1.kenapa najib tangguh2kan PAU?
2.kenapa najib tangguh2kan audit repot 1mdb?
3.knp najib tk saman Tun Mahathir?
4.knp najib tk saman WSJ
5.knp najib tk saman TSMY,Mukhriz,Shafie Afdal Dan yg lain2.
6.knp sekat akses blogger Din Turtle?
7.knp tk guna habis duit baki derma kononnya dari Pak Arab walhal najib ckp itu duit utk Parti.
Sekian, terima kasih.
24 February 2016 at 10:25
Nak tau kenapa??
Senang jer sebab RM2.6 Billion belom sempat sorok lagi
Kan kan kah Bakar ni dah mabuk todi gamaknya. Tun ngan TSMY tu barua kroni ytl dan vincent tan. Rakyat x rela ditindas oleh mereka lagi. Cukuplah selama 22 tahun ditindas melalui perjanjian berat sebelah ipp dan tol berbilion2. Kesan tol sampai la ni masih lagi dirasai. Ramesh Rao dah cabar Tun dan keluarga istihar semua harta di dalam dan luar negara. Eluklah disahut cabaran tu. Jika harta2 tu diperoleh dari wang rakyat bolehlah dimiliknegarakan kelak.
ReplyDeleteAnon 24 February 2016 at 15:35, kau tu yang mabuk todi campur ketum.
ReplyDeleteSelama 22 tahun ditindas apa? Negara maju, rakyat sejahtera semasa Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, tapi Najib baru 6 tahun dah huru hara negara ini, lingkup negara ini, banyak harta negara dijual kepada pihak asing, sedangkan di zaman Tun Dr. Mahathir dahulu, Malaysia telah banyak menguasai harta-harta negara asing dan mengambil semula tanah-tanah di negara ini yang sebelum itu dikuasai oleh pihak asing.
Ramesh Rao tu tak mau cabar ke Najib untuk turut sama ishtiharkan harta di dalam negeri dan di luar negeri tu?
Mana dia slip bank pemulangan semula wang USD 620 juta bersamaan RM 2.03 bilion wang yang dikatakan didermakan kepada UMNO tapi Najib sesuka hatinya dan pandai-pandai pulangkan wang itu? Betul ke wang itu dah dipulangkan atau sebenarnya melencong ke lain, Menteri Luar Arab Saudi pun menafikan wang itu derma dari keluarga diraja Arab Saudi, apa cerita ni?
Sila jelaskan pasal isu inilah.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
tugas timbalan presiden adalah membantu presiden dalam hal ehwal organisasi,fullstop....selesaikan itu dahulu....
ReplyDeleteAnon 24 February 2016 at 16:03, ya betul, tugas timbalan presiden untuk bantu presden dalam hal ehwal organisasi, bukannya untuk bersekongkol membela kegiatan menyamun presiden parti.
ReplyDeleteNajib bukannya tuhan sampai segala kehendaknya perlu dipenuhi dan dipatuhi, kalau perbuatan salah, kena tentanglah, mana boleh ikut, sebab Najib bukannya tuhan, Najib manusia biasa sahaja.
Inilah yang saya ingin tekankan kepada golongan pengampu Najib, ingat Najib bukannya tuhan yang dapat menjamin kamu semua akan senang lenang selama-lamanya dan dimasukkan ke syurga kerana menyokong segala tindak tanduk Najib tanpa pedulikan betul atau salah perbuatan Najib itu.
Malahan Najib juga bukannya tuhan yang boleh memasukkan orang yang tidak sehaluan dan tidak menyokong perbuatan burukknya itu ke dalam neraka, Najib manusia biasa, ego sahaja yang tinggi, tapi sekadar itu sahajalah.
Atas prinsip inilah saya tidak gentar untuk berhadapan dengan sebarang ancaman dari Najib, lantaklah, malahan Tun Dr. Mahathir, Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Mukhriz, Pn. Anina, 9 orang ketua cawangan di Telok Kemang, Datuk Hamidah Osman, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, mereka tidak peduli dengan ugutan dan ancaman Najib itu, kerana Najib hanya manusia biasa, tak ke mana pun Najib nak berlagak selama ini, kelak tersungkur jua akhirnya.
Ahli-ahli UMNO perlu pertahankan hak parti dan hak sendiri di dalam parti, jangan biarkan Najib dan kuncu-kuncu memijak maruah anda, jangan biar hak anda sebagai ahli parti dirampas oleh Najib dan kuncu-kuncunya, pertahankan parti, pertahankan hak anda sebagai ahli parti.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
Haaa!! Geng Proto..tak caya lagi daaa
DeleteAnon 24 February 2016 at 16:59, setakat itu sahaja komen? Sia-sia Najib tabur 'dedak' banyak-banyak pada kau, tapi komen bodo tak tentu hala, tak menjawab isu pun.
ReplyDeleteAhmad Maslan, sila pantau dan periksa cybertrooper belaan kau ni dan dedak yang kau tabur ke diorang tu, bukan apa takut dah banyak sangat makan dedak expired 200 tahun dulu saja, sebab merapu tak tentu hala sangat cybertrooper belaan kau ni.
Apa pun saya tak takut dengan Najib, Najib bukannya tuhan, Najib tak dapat nak ainaya saya, lantaklah Najib dan kuncu-kuncunya nak ancam dan ugut saya apa pun, saya tak peduli, sebab saya akan terus pertahankan kebenaran, demi perjuangan Agama, Bangsa, dan Tanah Air.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
Bakar ni perasan macam orang baik. Padahal kaki umpat, fitnah dan hati yg busuk x berkesudahan. Sibuk kata orang lain sendiri tu lebih teruk lagi.
ReplyDeleteBetul betul betul abu terbakar ni memang kaki mengumpat dan pemfitnah, kesian dia...
ReplyDelete