Rachel Ehrenfeld, pengasas ‘think-tank’ bernama American Center for Democracy telah menulis sebuah buku berjudul “Funding Evil: How Terrorism is Financed, and How to Stop It” pada tahun 2003.
Dalam buku tersebut, Rachel telah tuduh Khalid bin Mahfouz, seorang ahli perniagaan daripada Arab Saudi sebagai banker utama untuk kumpulan pengganas al-Qaeda.
Khalid, seperti dijangka, telah failkan kes saman terhadap Rachel di England tetapi Rachel enggan akur kepada perintah Mahkamah England untuk jawab tuntutan dalam kes saman yang difailkan terhadapnya.
Hujah Rachel adalah beliau berasal daripada Amerika dan buku tersebut pun diterbitkan di Amerika. Maka, menurutnya walau apa jua kes yang ingin difailkan terhadapnya pun, kes tersebut harus difailkan di Amerika Syarikat.
Mahkamah England telah tolak alasan Rachel tidak bela diri dan dalam ‘Judgement in Default’ mereka putuskan bahawa Rachel perlu hancurkan buku tersebut dan bayar ganti rugi sebanyak 250 ribu Pound kepada Khalid.
Lumrahnya dalam situasi sebegini, Mahkamah di Amerika Syarikat akan menguatkuasakan keputusan penghakiman Mahkamah England dan pastikan Rachel memenuhi kehendak keputusan penghakiman Mahkamah England.
Tetapi, sebuah Rang Undang-undang telah diluluskan di New York iaitu Libel Terrorism Protection Act (kini dikenali secara popular sebagai Rachel’s Law). Apa yang tertakhluk di dalam Akta baru ini adalah mana-mana keputusan kes Mahkamah England tidak lagi mampu diperkuatkuasakan di Amerika.
Rachel’s Law ini kemudian telah dibawa ke Senat Amerika dan pada tahun 2010, Presiden Obama telah perkenalkan “Speech Act” yang telah beri perlindungan yang kebal kepada pembuat dan pembikin kenyataan.
Implikasi Akta baru ini lah yang menyulitkan kes saman PM terhadap WSJ daripada difailkan,
Mengikut sistem perundangan di UK, defendan kes harus beri justifikasi yang sewajarnya kepada kenyataan yang dikeluarkannya terhadap plaintif. Maka, ikut prosedur ini, WSJ lah yang harus beri bukti untuk mengesahkan apa yang ditulis di dalam artikel mengenai PM Najib adalah benar dan sahih…
Tetapi, selepas Rachel’s Law diluluskan di Amerika, plaintif yang failkan kes pula pikul tanggungjawab untuk buktikan apa jua yang mereka sebut pasal diri plaintif adalah fitnah dan berunsur mala fide.
Dan, apabila PM Najib dapat juga buktikan semua kenyataan yang diterbitkan mengenai 1MDB dan duit 2.6 billion adalah fitnah melalui kenyataan SPRM, laporan PAC, akuan bersumpah Justo, keputusan report antarabangsa yang sebut dokumen yang keluar di Sarawak Report dimanipulasikan dan keputusan Peguam Negara untuk tidak dakwa PM,
Kepada yang kenal PM Najib, pasti akan tahu beliau tak failkan kes lagi kerana tidak mahu heret orang yang bantunya dengan beri dana untuk PRU tidak turun naik Mahkamah walaupun hanya sebagai saksi..
Seharusnya pengeritik DS Najib khususnya pemimpin Umno termasuk mantan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhiyiddin Yassin membaca Speech Act Amerika, sebelum mendesak agar DS Najib menyaman WSJ.
Carilah beberapa alasan pun rakyat tak akan percaya
ReplyDeleteAssalam Bro,ai.... masa ula-mula dulu beriya-iya benar nak saman WSJ.Lepas tu diam membisu seribu bahasa.Bila TSMY suruh saman lagi,ada pulak Speech Act yang menghalang......apa punya auta lah ni.......Apa punya bengong Perdana Menteri ni........Dia lebih rela kena maki hamun,hina dan sbgnya demi nak jaga nama orang yang mwemberi derma. Ia ke? Ataupun takut kisah sebenar akan terbongkar?.......Tepuk dada tanya iman.....
ReplyDeletewoiiii...bodoh....aku Tanya engkaulah yek... kalau kau sakit perut Dan nak terberak..... kau au tak taik yg nak keluar Dari tali perut engkau tu keras atau lembik....???.. bodoh kau nikan... itulahnaanya before and after.... dah tentulah PM nak saman.... tp bia speech act tu ada terus terbantut.... tengoklah bila speech act tu in place. Najib bukan pembuat rang undng2 amarika...dah tentulah dia tak tahu namun kini dah tahu... yang Sekarang baru tahu ialah TSMY..... so now..dah tau...just shut up...... bodoh.Satu lagi kau rasa siapa yang nak au sangat naa penderma duit untuk orang Islam neh? kalau kat amarika tu kau rasa rakyat dia ker yg nak tau kalau bukan CIA Dan Freemason punya golongan.mereka nak tau secara sah beb siapa yg budiman sangat dalam dunia Islam ni. semuanya dah nak kait ngan keganasan. So jangan gelojoh bagi pandangan.
DeleteKita rasa macam alasan sahaja. Tapi orang yang berilmu dan berfikir akan selidik dan teliti dahulu sebelum membuat apa pun tindakan terutama apabila melibatkan negara asing seperti US. Bukan main hentam sahaja tanpa memikirkan implikasi dan undang-undang yang ada. Soal rakyat percaya atau tidak itu terpulang kepada kebijaksanaan masing-masing. Itupun kalau bijak sebab kebanyakkan rakyat ni hanya setakat pandai dan kurang berfikir.
ReplyDeleteinilah orang bodoh apabila berlagak tahu segala perkara, ingat senang ke nak saman sesebuah company atau media yang berasal dan beroperasi di Amerika? apa sahaja penerangan yang diberi semua dikata alasan..alasan sebab salah, alasan berdalih, ingat macam anuar ibrahim beri alasan menyontot bicara tangguh 66 kali ke?
ReplyDeleteingat kes sadam Hussien nak saman satu firma dari US apa jadi ?
ingat kes Hugo perez nak saman satu syarikat dari US bagaimana?
rafizi nak saman tabung haji pun fikir 500 kali, rafizi kata nak saman KWSP cakap berapi-api, habuk pun tiada , pasal apa ?ini agensi dalam negara , korang tak bising pun
kalau tak tahu sejarah, prosedur dan proses perundangan saman sesuatu negara lain jangan cakaplah,
PM dah diberi nasihat oleh para pakar perundangan Negara tentang segala ini , sebab itu PM Najib tak saman, bukan kerana alasan sebab takut ..
Najib matang dlm tindak tanduknya. Buat siasatan dn study dulu x main hentam kromo sahaja, walaupun dia dipihak yg benar. Inilah qualiti pemimpin yg rakyat mahu, cool dan steady, sebab dia tahu bahawa yg datang kepada dia adalah fitnah belaka. Muga Allah sentiasa melindunginya, amin...
ReplyDeleteAaminn, semuga allah memelihara perdana menteri kita..semuga negara kita maju dan aman di bawah pemeritahan perdana menteri Najib.
ReplyDeleteNk saman apa benda bro. AG dah sah kan 2.6b dah masuk dlm akaun jibby mcm yg wsj tulis tu.klu x masuk blh lh saman. Klu jibby saman pun smpi kiamat x menang.
ReplyDelete