Thursday, June 11, 2015

Mengapa 1MDB Dibenci?

1. Mengapa 1MDB dibenci? Mengapa syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut, diberi berbagai jolokan yang mengerikan, seolah-olah penyebab semua masalah, baik perekonomian, politik, malah dikatakan penyebab UBN bakal kecundang pada PRU-14.

2.Mari kita lihat, mengapa syarikat tersebut dibenci. Masih ingatkah penswastaan? Penswastan pertama adalah berkaitan Independent Power Plant (IPP), antaranya IPP yang dikendalikan Syed Mokthar Al-Bukary, Ananda Krishnan, YTL dan Genting.

3. Melalui pesawstaan tersebut, TNB diwajibkan membeli tenaga dengan tarif yang tinggi, dan pada masa yang sama menerima subsidi daripada Petronas, dan melalui proses tersebut IPP tersebut mengautkan keuntungan RM19bilion setahun sejak tahun 1990, sebelum dihentikan pada tahun 2012.

4. Konsensi 25 tahun tersebut tamat pada 2015, dan tidak disambung, namun 1MDB membelinya dengan harga RM18 bilion termasuk hutang tertunggak dan teknologi yang ada pada IPP tersebut.

5. Oleh kerana pembelian tersebut, maka tarif litrik yang seharusnya naik pada tahun 2014 tidak menjadi kenyataan sebaliknya tarif litrik diturunkan pada tahun 2015, sebagai impak kepada pembelian IPP tersebut.

6. Para pemilik IPP itu, sudah tentu marah, kerana sebaik sahaja semua IPP tersebut dimilki 1MDB, maka konsensi disambung selama 25 tahun lagi. Walaupun masih menjual tenaga kepada TNB, oleh kerana semua IPP tersebut milik kerajaan, maka tarif yang dikenakan mempunyai kecenderungan untuk menurunkan tarif litrik dalam negara.

7. Juga melalui pertukaran hak milik IPP tersebut, Petronas tidak lagi memberi subsidi yang berjumlah RM19 bilion setahun. Suatu ketika bayaran kepada IPP sejumlah ini menjadi bahan para pemimpin pembangkang menghentam kerajaan.

8. Siapa yang tidak marah kehilangan pendapatan RM19 bilion? Para pemilik IPP tersebut, mempergunakan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir , untuk menyerang DS Najib, mempersoalkan mengapa 1MDB beli IPP tersebut pada harga mahal, sedangkan tempoh masa operasi semakin tamat. Sebenarnya alasan yang diberikan itu bukanlah demikian, alasan sebenar adalah, para pemilik IPP itu tersangat marah.

9. Tun Dr Mahathir memang mahir membangkitkan persepsi, atas sebab itu bermula dengan mempersoalkan, mengapa kerajaan tidak menunggu tamat tempohnya konsensi baru beli, namun apa yang tidak diuraikan, bahawa masih ada klause dalam perjanjian tersebut, bahawa kerajaan masih terikat kepada obligasi untuk menyambung konsensi untuk tempoh masa tertentu. Juga tidak masuk akal, semua peralatan milik IPP tersebut dibesi burukkan, adalah satu keputusan gila, jika mempergunakan satu infra yang masih boleh beroperasi dilupuskan begitu sahaja.

10. Tindakan 1MDB membeli IPP tersebut dengan harga RM18 bilion, namun selepas disambung konsensi selama 25 tahun lagi, maka nilainya bukan lagi RM18 bilion, malah tiga kali ganda berbanding harga belian.

11. Diketahui umum bahawa 1MDB tidak mempunyai modal untuk membeli, atas sebab itu meminjam daripada bank. Pihak bank memberi pinjaman kerana mengetahui potensi IPP tersebut. Bank menilai potensi kewangan yang boleh dijana, atas sebab itu memberi pinjaman.

12. 1MDB sebagai syarikat milik kerajaan, selain mendapatkan bebeberapa IPP juga membeli tanah-tanah milik kerajaan seperti TRX dan tanah bekas lapangan terbang sungai besi selain tanah di Ayer Hitam Pulau Pinang.

13. Dalam rancangan bisnes syarikat tersebut, untuk mendapatkan wang tunai bagi digunakan membangun hartanah yang dibeli termasuk Kuala Langat Power Plant, maka bercadang menerbitkan IPO, yang boleh mendapatkan RM8bilion dana awam, namun sebelumpun rancangan tersebut menjadi, berbagai inej negatif ditimbulkan, sehingga rancangan tersebut ditangguhkan untuk sementara waktu.

14. Akibat tertangguhnya penerbitan IPO, maka syarikat yang berjaya menjana pinjaman sehingga RM42 bilion tersebut, dikejar bank sesuai dengan perjanjian. Oleh kerana hartanah yang dibeli belum menjana pendapatan, kecuali IPP yang menjana pendapatan RM900 sejuta setahun, namun jumlah tersebut tidak mencukupi untuk membayar pinjaman tertangguh. 

15. Bagi mengatasi kekurangan wang tunai, maka 1MDB terpaksa menjual sebahagian hartanah miliknya, malah terpaksa memberikan aset bernilai yang dibeli 1MDB yang tersebar di 5 negara kepada syarikat lain seperti IPIC dan Aabar Abu Dhabi semata-mata untuk membayar hutang.

16. Untuk sementara, pihak-pihak tertentu yang mencipta berbagi imej buruk kepada 1MDB telah berjaya, kerana tidak menjadinya syarikat tersebut menerbitkan IPO.

17. Niat para pengeritik 1MDB agar supaya syarikat itu muflis, tidak akan menjadi, atas sebab, kerajaan tidak akan menjual harta yang berkaitan dengan tenaga kepada pihak swasta, sebaliknya menjualnya kepada TNB, GLC milik kerajaan agar supaya keadaan penswastaan tenaga yang bermula tahun 1990 tidak berulang.

18. Perkara 17, inilah yang gagal dilihat oleh mereka yang terpengaruh kritikan negatif kepada tindakan 1MDB, namun pihak pembangkang tahu benar, tindakan 1MDB tersebut memberi impak positif kepada kerajaan UBN.

19. Juga apa yang gagal dilihat oleh mereka yang terpengaruh kritikan negatif terhadap 1MDB, berkaitan sumbangan sosial syarikat tersebut kepada pihak-pihak yang memerlukan. Pihak pembangkang melihat, sumbangan sosial syarikat tersebut memberi impak positif kepada kerajaan UBN, atas sebab itu, sebelum syarikat tersebut dapat berkembang dan meneruskan usahanya, maka perlu ditamatkan.

20. Para 19 tersebut dilihat oleh pembangkang, namun dipihak Tun Dr Mahathir pula, melihat tindakan 1MDB telah merampas peluang para pemilik IPP yang tercipta semasa pemerintahan mantan Perdana Menteri tersebut, khususnya IPP milik Syed Mokhtar Al-Bukahry.

21. Melihat kepada apa yang berlaku melalui tindakan 1MDB memilik beberapa IPP dan pembangunan Bandar Malaysia dan TRX serta tanah di Pulau Pinang, mempunyai pengaruh postif kepada UBN dan kepentingan kaum melayu dan bumiputera, maka pihak pembangkang berusaha sedaya upaya menggagal kemajuan syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut, selain menghalang "brain Child" Perdana Menteri itu berkembang maju.

22. Menghapuskan 1MDB sebenarnya satu tindakan politik yang dirancang oleh pihak pembangkang, namun pengelibatan mantan Perdana menteri Tun Dr Mahathir, hanya kerana para "kroni"beliau kehilangan pendapatan berbilion ringgit.

BERSAMBUNG.

5 comments:

Anonymous said...

Kalau nak mula berniaga buka kecil kecilan dulu, bila dah steady barulah boleh tambah pelaburan tu....ini nak makan besar besaran sampai hutang berbillion

Persoalan nya;

Ini bisness billion tak kan takde walau kecil komisyen nya? Siapakah yg dapat laba ini hasil urusniaga billion2 ni bukan juta2 komisyen nya pula sudah tentu bukan sikit duit? Siapa yg bersyubha dari hasil ini, halal kah? Mana hitam putih yg dapat komisyen ini? Sahkah? Ada dalam perjanjian? Adakah komisyen ini rakyat dapat? Atau 1 untuk kau 2 untuk aku?

Anonymous said...

Dari 2009..untung tadak?meniaga ker nak buat charity?bengap sungguh

Anonymous said...

bila urusniga mencurigakan rakyat pertikaikan. kalau tak ada 1MDB aku rasa rakyat lagi aman tak ada jadi isu politik yang mebebankan UMNO. Bagi aku 1MDB yang di wujudkan telah menyebabkan parti UMNO terheret sama dalam kemelut ini. Bila UMNO terheret sama rakyat yang menyokong UMNO jadi keliru yang akhirnya rugi Parti UMNO itu sendiri. Pembakang bersorak kegembiraan dengan isu 1MDB yang mungkin akan mengurangkan undi UMNO dalam PRU14 nanti.

Anonymous said...

tu menunjukkan kejayaan puak rba dalam misi mereka...membunuh 1MDB yg mana entity yg mampu mengubah kesilapan umno yg lepas.. kesilapan umno yg mana sebelum ini diyakini oleh org melayu utk mempertahankan kepentingan org melayu sendiri.. dimanipulasi oleh mereka yg diberi keyakinan dgn mandate 2/3 majority.. menggunakan keyakinan ini utk mengkayakan kroni2.. kita pertikai komisyen yg berjuta... kita pertikai modal perniagaan.. kita pertikai saiz perniagaan berbillion sedangkan info yg diberi diatas tidak ke mampu membuat kita lebih yakin dan berazam utk membantu najib dlm mengharungi kemelut ini. tak brani ke kita mengharungi cabaran.. adakah kebaikan yg cuba dicapai oleh Najib menerusi 1MDB tidak perlu disokong.. diperjelaskan kepada lebih ramai lagi..
Najib sangat open dlm pentadbiran dia... ada audit dan sebagainya.. perlu dibentangkan dlm parliament... ada ke mahathir pernah buat ini semua.. pernah ke mahathir mengajak rakyat berdailog... dan mahathir dipuja...
komisyen halal konon... sedangkan belum pernah diasak islam di malaysia sebagaimana yg terjadi sekarang.. dgn comango.. touch the dog.. murtad.. bukankah ini semua disokong oleh puak PKR DAP...tidak ke ini lebih perlu diberi perhatian dari memikirkan soal jumlah dan halal haram komisyen yg diberi...
yakinlah... segala kemelut yg timbul jika mampu diatasi akan mengubah banyak kesilapan lepas.. jika kita hanya berada di comfort zone.. tidak perlu mengubah apa pun.. tidak perlu berusaha.. mungkin kurang menempa bahye.. akan rasa amam.. cuma apa hasilnye.. adakah kita akan konon besyukor dgn apa yg ada...no pain no gain... camne yg dptkan sagu jika tidak dipecahkan ruyung dan yg sewaktunye..bukankah itu sepatutnye menjadi pegangan kita..

MENJADI SATU KEWAJIPAN UTK SETIAP ORG MELAYU YG TELAH MEMAHAMI ISU 1MDB INI AGAR BERSAMA MEMBANTU MENGIKUT KEMAMPUAN MASING2.. RBA TU MUSUH.. DAN DECLARE KAN IA SEBAGAI MUSUH..
INGATLAH KEJAYAAN BUKANNYE DTG DGN BEGOLEK...INGAT...

tok aki

Anonymous said...

Hang merapu apa.... org bukak bisnis Utk untung... ni rugi Saja.... aku dari dulu xsuka najib.. byk yg teruk... Satg Ckp kna tangkap... tapi ramai yg tak suka... pru 14 ni tgkla

Blog Archive