Friday, June 12, 2015

Kenapa 1MDB Dibenci? (Bahagian 3)

1. Kemampuan 1MDB meminjam RM41.8 bilion (dibulatkan RM42 bilion) dengan modal RM1juta, bukan sahaja satu pencapaian, juga dijadikan sebagai modal Pembangkang dan Tun Dr Mahathir mengecam syarikat tersebut.

2. Kenapa 1MDB dijadikan sebagai alat untuk menyerang? mari ikuti cerita ini.

3. Pernah dengan Trans Borneo? yang bermilai RM27 bilion. Pecahan jumlah itu, RM15bilion di kawasan Sarawak dan RM12bilion di Sabah.

4. Bagi projek di Sarawak, semua syarikat Sarawak yang dapat, akan tetapi di Sabah kerana dikuasai Umno, maka awalnya pelaksana projek tersebut adalah UEM dan MMC. Kalau UEM tiada masalah kerana GLC, MMC, siapa punya? 

5. Kerajaan Sabah tidak bersetuju, kemudian ketidak setujuan itu dipersetujui Perdana Menteri. Atas sebab tindakan Perdana Menteri, maka beliau mengundang kemarahan Tun Dr Mahathir, kerana sekali lagi, Syarikat Syed Mokhtar diketepikan. 

6. Pernah dengar M3Energy Bhd, syarikat carigali minyak Sabah? oleh kerana ada dua blok minyak ditemui di daratan Sabah, maka kerajaan negeri memohon ekuti atau share daripada Petronas. Petronas memberi ekuiti 25 peratus, di mana ekuti tersebut sepatutnya pergi ke Sapura Kencana, siapa pemilik syarikat tersebut? Kerana tindakan Petronas tersebut, maka DS Najib mendapat tempias kemarahan lagi. Siapa marah, sudah tentu Tun Dr Mahathir, kerana Sapura Kencana ada kaitan dengan salah seorang anak mantan PM tersebut. 

7. Proton sudah diwastakan, namun Tun Dr Mahathir meminta DS Najib salurkan RM2bilion, namun PM menolak, kerana proton bukan GLC lagi. Jika kerajaan menyalurkan kewangan, tentunya satu Malaysia bising, kerana akan dituduh bail-out proton.

BERSAMBUNG

4 comments:

Anonymous said...

alahai malaysia ni memang gitu selagi ada pembangkang dan semakin teruk hati perutnya akan bertrusan laa.gagalkan atas nama nak jadi hero kampung!
kesian umno+parti2komponenya(->bn) yang terhegeh2 terusan ke mwmakuka negara dla aman dan makmor.sabotaj sana sini.dengki .apikan perpaduan kaum..eh banfyak lah!
agenda,feldadfektarisdaperumahan pemerkasaan bumi1malaysiakedaiklinik dll tu semua dipandamg sinis.tapi sama merasa keh keh

Anonymous said...

1MDB tidak dibenci samasekali tapi tindak tanduk pengendali-pengendalinya banyak menimbulkan keraguan di hati rakyat. Kalau ia menanggung kerugian yang besar maka akhirnya rakyat juga yang akan memikul bebannya.
Jadi rakyat berhak bertanya,....bangkai gajah tak boleh ditutup dengan nyiru !

Anonymous said...

tuan...syabas atas segala penjelasan dari pihak tuan dan kami sebahagian besarnya cukup memahami...namun bagi penyokong totok mahathir dan grup-grup dap ,pkr dan sebahagian dari parti pas akan menolak apa-apa sekalipun yang dijelaskan sptmana kes liwat anuar,kes mustafa ali malahan kes betty isteri guang eng sendiri....rasanya payah untuk mencerah hati puak-puak ni apatah lagi untuk memutihkan balik kepada asal kalau hanya dari ikhtiar kita sebagai seorang manusia.Apapun...kita hulurkan tangan berdoa ..mudah-mudahan yang kusut akan terlerai,yang hitam beransur menjadi kelabu dengan izinNYA.....InsyaALLAH.....AMINNNN

Anonymous said...

Kih kih kih kih cukup masa dan tiba masa PRU nanti baru najib tahu tinggi rendah langit.

Dah beri nasihat, amaran tak mau dengar....begitu juga dengan penyokong upahan najib pun akan pupus menghilang

Kih kih kih kih

Blog Archive