1. Tabiat menjatuhkan Perdana Menteri di Malaysia bermula selepas sahaja PRU-12 tahun 2008. Alasan yang diberikan pada masa itu, UBN gagal mempertahankan kuasa 2/3 di dewan Rakyat, selain kehilangan lima negeri- Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
2. Dalam usaha menurunkan Perdana Menteri, berbagai teori, alasan, dakwaan, hujah dikemukakan. Pendek kata, jika PM diganti, maka UBN akan pulih dan rakyat akan kembali menyokong dan seterusnya kuasa di Dewan Rakyat akan didapat semula.
3. Sepanjang 4 tahun diberikan kepada Perdana Menteri yang mengganti, namun selepas PRU berikutnya, iaitu PRU-13, nampaknya penyakit tahun 2008 kembali semula. Teori yang sama dikemukan, dakwaan yang sama dikemukakan, selain ditambah dengan berbagai isu yang berbangkit sepanjang pemerintahan.
4. Sungguh malang, kerana kerajaan yang dibentuk kurang kuat, walaupun parti tunjang telah menambah kerusi daripada 79 ke 88.
5.Malang sungguh bagi Perdana Menteri yang kebetulan presiden parti tunjang,kerana jawatan itu, walaupun parti kawan dalam BN yang tidak mendapat sokongan daripada kaum yang diwakili parti-parti itu, namun yang dipersalahkan adalah Perdana Menteri.
6. Tambah malangnya lagi, mereka yang menghentam Perdana Menteri adalah mereka yang separti, di mana sebelum ini, mereka yang mendakwa itu, mengatakan bahawa melayu tidak lagi menjadi kaum yang dihormati kerana telah berpecah kepada tiga kumpulan- kumpulan Umno, kumpulan Pas dan kumpulan PKR.
7. Nampaknya agar kaum melalui menjadi rakyat kelas ke-2, maka perlu dipecahkan lebih jauh lagi, iaitu membahagikan Umno kepada dua bahagian. Apa yang diharapkan kepada perpecahan tersebut, agar Umno akan terus lemah, dan seterusnya kalah dalam pilihanraya.
8. Pihak yang menentang Najib, sudah memutuskan dan mampu membaca pilihan rakyat, bahawa selagi Najib sebagai Perdana Menteri dan menerajui BN, maka sudah yakin dan percaya bahawa UBN akan kalah, kerana UMNO tidak akan dapat mempertahankan kerusi sejumlah 88 malah jauh lebih rendah daripada itu.
9.Dakwaan mereka itu, samalah dengan dakwaan beberapa penganalisis Muktamar Pas yang diadakan pada 4 Jun, bahawa kumpulan Ulama akan kecundang, kerana menurut kajian mereka, Dato Seri Hadi dan Tuan Ibrahim Tuan Man, hanya mendapat sokongan kurang daripada 40 peratus. Namun, apabila keputusan diumumkan, semua analisis tersebut adalah auta.
10. Najib bukan ahli politik ingusan. Beliau bermula sejak tahun 1976, selama 39 tahun telah menceburkan diri dalam dunia politik, termasuk hampir kalah pada PRU-1999. Selain itu, beliau pernah menjadi Ketua Pemuda, bertahun-tahun sebagai Naib Presiden urutan pertama. Berbagai kementerian telah beliau pegang, malah semasa menjadi Menteri Belia dan Sukan, rekod beliau dalam seagames sehingga kini belum terpecahkan.
11. Hanya kerana putar belit Sarawak reports dan Tony Pua (DAP) dan Rafizi Ramli (PKR), berkaitan 1MDB, sehinggakan menghukum Najib seolah-olah, semua dakwaan tiga pihak itu benar belaka.
12. Sungguh pelik dan ajaib, apabila "konon penyokong Umno" tiba-tiba berkiblatkan kepada dakyah-dakyah pembangkang, dan terus menerima apa sahaja dakwaan pembangkang sebagai benar dan tiada cacat celah.
13. AYT hanya melihat daripada jauh, membaca berbagai dakwaan, pihak-pihak tertentu, dan apabila dilihat secara mendalam, rupanya dakwaan mereka itu, hanya bertujuan satu- Najib mesti letak jawatan kerana mereka yang tidak suka, bukan rakyat yang tidak suka.
14. AYT bersetuju dengan kenyataan DS Najib, takkanlah beliau letak jawatan kerana permintaan minoriti, sedangkan majoriti memerlukan beliau. Seperti kata Ketua Menteri Sabah dan Ketua Menteri Sarawak, DS Najib adalah seorang pemimpin yang tidak pandai berlakon.
11 comments:
Saya juga 'silent majority' yang menyokong DS Najib. Saya mengundi beliau kerana yakin akan kepimpinan beliau In Shaa Allah. Malangnya terlalu banyak fitnah satu demi satu melanda beliau dan keluarga.
Mereka menampilkan segala 'keburukan' DS Najib seolah tiada satu pun yang baik. Ditambah pula dengan tindak tanduk Tun M yang terang2 menambahkan lagi kekusutan. Orang Melayu dilanda gerhana Politik yang entah bila kesudahannya.
Semoga DS Najib diberi Taufik dan Hidayah serta Innayah untuk terus memerintah Negara selagi diIZINkan Allah swt. Terlalu masih banyak tugas yang perlu dilaksanakan.
Semoga Allah swt sentiasa lindungi Negara kita tercinta.
Malang sebenarnya akan menimpa orang Melayu,kerana mereka gagal mengenal pembawa malang sejak puluhan tahun yg lalu.Malang pertama telah pun menimpa Tungku,berikutnya Tun Husain,Musa Hitam ,Gaffar Baba,Anwar Ibrahim,Pak Lah dan sekarang PM Najib.Tapi masih ramai Melayu yg tidak kenal pembawa malang.TunRazak mungkin di katakan tidak kena malang nya,tapi sebenar nya malang tersebut menimpa warisnya.Jadi semunya kena tanpa terkecuali.
Mungkin ada yg beranggapan,Anwar memang patut kena malang,tapi sebenarnya Anwar tak akan kena malang tersebut kalau setakat sodomi.Malang menimpa beliau hanya bila dia enggan mematuhi arahan si pembawa malang utk membeli 'syarikat kapal yg jauh lebih rendah nialainya dari harga yg kena di bayar'.Sodomi sudah lama dalam pengetahuan si pembawa malang ,tapi beliau tak kesah pun malah terus di beri kedudukn yg sangat baik dan tinggi pada Anwar .
Saya bukan sangat pengkagum PM Najib ,tapi sekarang saya sangat bersimpati kepada beliau kerana si pembawa malang sanggup membangkitkan isu pribadi yg sudah terjawab dan dianggap selesai seperti kes pembunuhan gadis mongolia dan cincin 24juta.Terasa sangat rendahnya akhlak si pembawa malang yg sanggup berbuat apa saja demi mencapai hasrat serakah beliau.Malah sehingga ke satu majlis yg tidak di jemput pun beliau sangup hadhir.Mujurlah saya tidak pernah menyokong beliau semasa beliau berkuasa,hanya bila PRU 13,baru saya berubah arah,memangkah Umno.
Selemah-lemah PM Najib,pada mata mereka,tapi pandangan saya kemengan PRU 14 hanya lebih boleh terjamin jika,PM Najib di benarkan menerajui negara.Tsunami Melayu hanya berlaku di zaman pembawa malang,dan ianya akan berulang jika pembawa malang terus di biarkan bergeladangan menyebar bisanya.
Sedihnya sbb ada lagi orng2 yang percaya kepada manusia yang membawa malang/sial.
Ingatkan diera kemajuan ni, peluang untuk mendapatkan ilmu terbuka luas,,,, xde lagi manusia yang berperangai begini.
Dalam Islam,,, xde istilah, keparcayaan bahawa sesorang manusia itu pembawa malang/sial!
Masa Tun mahukan Najib jadi PM langsung tidak kedengaran tentang demokrasi, tetapi apabila desakan kuat bukan hanya daripada Tun tetapi akar umbi UMNO supaya Najib letak jawatan mulalah pengkhianat bangsa ini melapikkan demokrasi!
Kelakor laaaa masa bila kita ada undi PM? Jadi sesiapa yang mengatakan dia ada undi Najib ialah penipu besar ataupun sebenarnya tak faham sistem pilihanraya kita.
Nak kata undi masa Perhimpunan Agung UMNO pun tak tepat kerana ianya memilih Presiden parti bukannya PM.
Satu lagi yang menulis tajuk artikel ni Penipu Besar juga. Banyak negara yang jatuhkan PM secara tak demokrasi. Contoh Tak Jauh negara Thailand je.....
"AYT bersetuju dengan kenyataan DS Najib, takkanlah beliau letak jawatan kerana permintaan minoriti, sedangkan majoriti memerlukan beliau. Seperti kata Ketua Menteri Sabah dan Ketua Menteri Sarawak, DS Najib adalah seorang pemimpin yang tidak pandai berlakon."
Mana kau tau majoriti perlukan Najib..
Undi popular pown Najib kalah PRU Lepas..
Najib mmg tak pandai berlakon..
Sebab tu main golf masa banjir..
majoriti rakyat mahukan najib? jika ikut undi majoriti BN kalah dah.
rasanya PRU 14 ni jika diikutkan kehendak Najib ni, dgn Johor sekali rebah.
Percayalah suasan disemenanjung untuk Najib sudah berakhir.
Sebab tu Najib ke Sabah dan Serawak meminta nyawa.
Di Sememnajung rahsia Najib sudah pecah sana sini.
Felda hampir jahanam..saham tinggal rm 1.92 sen sahaja dari rm 5.50
1MDB semua sedia maklum, negara mennagung hutang RM 42 billion.
Tanah2 di Sg Besi dan TRX yg sepatutnya memberikan hasil sekarang digunakan untk membayar hutang 1MDB
masihkah mahu dikekalkan pemimpin seteruk Ini?
muomari
assalam. KEKAL NAJIB, TUKAR PR kpd BN. carilah dalil utk kuatkn ISLAM, BANGSA & NEGARA...kita dah tak ada tanahair melainkn MALAYSIA ini...apa yg UMNO buat pd ISLAM sampai PR membenci...sedangkn ISLAM sudah berkembang maju di bwh UMNO kecuali anda adalah orang2 yg perosak ISLAM, BANGSA & NEGARA...hanay pd ALLAH kami berserah utk KEKALkn kepimpinan ahlu sunah wal jamaah...ingatlah diluar sana banyak musuh2 ISLAM spt komunis, syiah, khawarij, kristianisasi sdg melihat lapar kpd ahlus sunah spt hidangan lauk di atas meja...
Kalau dah teruk tu takkan nak terus disokong?
Kita tak maulah penyokong Najib seperti Speaker Parlimen Pandikar Amin, dengan hanya diberi makan suap tandas baharu, perabot baharu, dapat buat ubah suai pejabat mengikut kehendak hati, maka terus jadi pecacai Najib. Sampaikan Najib melanggar undang-undang parlimen pun dibiarkan, Najib menipu dalam sidang parlimen pun tak diambil tindakan oleh Speaker Parlimen Pandikar Amin, murah sungguh maruah diri, dengan hanya sekadar tandas pun boleh tergadai maruah diri.
Isu yang dipertikaikan melibatkan Najib ini bukannya isu peribadi Najib, saya pun tak minat kalau isu peribadi orang lain, lantak, itu urusan peribadinya. Tetapi isu yang melibatkan Najib yang menatangkan kemarahan rakyat ini adalah melibatkan isu kepentingan negara yang turut berkait dengan kepentingan rakyat.
Isu 1MDB ini melibatkan peruntukkan pembangunan kepada rakyat. Jika wang negara dibiarkan diseleweng sebegitu rupa, hinggakan perlu digunakan wang negara untuk bayar hutang 1MDB, maka hak rakyat seperti jalanraya, sekolah, hospital, klinik, litar lumba motosikal untuk para belia, padang permainan, gelanggang permainan untuk kanak-kanak dan belia, jambatan kampung, balairaya, bekalan air bersih dan sebagainya akan terjejas, akan dirampas peruntukkan bagi pembangunan itu kerana nak bayar hutang 1MDB, itu yang menyebabkan rakyat marah.
Kalau Najib nak gunakan wangnya sendiri untuk buat apa sahaja pun, rakyat tak pernah nak ambil peduli, lantaklah, itu wang Najib, tapi kalau wang negara diselewengkan sebegitu rupa, dirampas dari pembangunan untuk digunakan bagi menyelesaikan masalah 1MDB yang berpunca dari Najib dan kuncu-kuncu, ini dah lebih, melampau dan sangat jahat perlakuan ini.
Kepada Blogger Apa Yang Tersirat, sila fahami perkara sebenar kemarahan rakyat terhadap Najib, bukannya kerana isu peribadi, tetapi Najib disyaki dan dah ada banyak bukti menunjukkan penyelewengan dalam 1MDB dan harta negara dilakukan oleh Najib dan persubahatan Najib dengan kuncu-kuncunya untuk melakukan penyelewengan tersebut, itu yang menjadi punca utamanya, jadi sila fahami apa yang dipersoalkan, bukannya menyokong membuta tuli hingga tidak memikirkan menggunakan akal fikiran.
Isunya sekarang ini, rakyat bukannya tidak suka kepada Barisan Nasional, majoriti rakyat sokong Barisan Nasional dan berharap Barisan Nasional dapat terus memerintah negara ini dalam PRU 14 dan PRU yang seterusnya sampailah ke hari kiamat.
Masalahnya adalah pemimpin dalam Barisan Nasional sendiri yang menyebabkan maruah Barisan Nasional tercemar, patutnya orang sebegini sedar diri, dia dapat kedudukan pun atas sebab Barisan Nasional, tapi dia tak tahu malu mencemarkan maruah Barisan Nasional kerana dia rasa besar diri kononnya dia Presiden UMNO, dia Pengerusi Barisan Nasional, apa ini semua?
Najib patut letak jawatan untuk pulihkan maruah Barisan Nasional, jika ingkar, Najib perlu dipecat dari UMNO, dibuat undi tidak percaya di parlimen untuk memecat Najib dari jawatan Perdana Menteri dengan perkenan dari YDP Agong.
Malahan Najib perlu dihadapkan ke mahkamah untuk diadili dan diberikah hukuman setimpal di atas pengkhianatan yang dibuat terhadap negara melibatkan 1MDB, bukan sikit-sikit jumlah wang, tetapi berpuluh ribu juta ringgit. Jika kita tahu kerugian itu tidak disengajakan dan untuk kepentingan negara sebagaimana di era Tun Dr. Mahathir serta perdana menteri sebelum itu, kita tidak kisah sangat, kita boleh terima seperti mana kerugian negara dalam pasaran timah di London Metal Exchange di era Tun Dr. Mahathir di mana tujuan kerajaan melabur adalah untuk menstabilkan harga timah yang jatuh teruk akibat permainan spekulasi oleh pihak barat, tetapi kerana masalah teknikal serta peraturan di London Metal Exchange yang hanya menjual beli kertas jual beli timah dan bukannya timah sebenar, maka negara kerugian. Niat pemimpin negara ketika itu adalah murni, untuk menjaga kepentingan para pelombong timah, para pekerja lombong timah yang terjejas akibat kejatuhan harga timah yang melampau ketika itu.
Jika kerugian itu kita ketahui sebabnya, kita tahu wang itu ke mana, kita tahu kerugian itu untuk menjaga kepentingan negara, maka kita boleh terima, kerana kerajaan ikhlas nak bantu rakyat.
Tetapi jika putar belit sana sini, sekejap tunai, lepas tu aset, kemudian unit, lepas tu tak tau apa pula, apa semua ini? Malahan kenyataan yang berbelit-belit, berbeza antara satu sama lain, tak ada bukti, malahan tak bersebab, macam mana rakyat nak terima kalau macam ni punya kerja?
Fahami apa yang sebenarnya, bukannya menyokong membuta tuli, kerana perbuatan menyokong membuta tuli itu mencerminkan pemikiran manusia jenis itu adalah orang tak tahu berfikir, bodoh, serta tak ada pendirian, serta mudah dipergunakan.
Sedarlah.
sapa kata rakyat sokong BN?..Bohong!!
Walaupun DS Najib diturunkan sekalipun, no more vote for BN
So Tun M tak perlu la nak gunakan alasan menukarkan DS Najib BN menang PRU 2018
BN's fate in PRU 2018 is already decided...
Post a Comment